Anaerobic digestion of palm oil mill effluent

Penghadaman secara penapaian tanpa oksijan adalah satu cara yang sangat luas digunakan uutuk memproses effluen kilang minyak kelapa sawit di Malaysia. Kejayaan operasi penghadaman secara penapaian tanpa oksijan adalah bergantung kepada kefahaman proses teknologi. Rencana ini membincangkan secara ringkas asas-asas alat penghadaman, faktor-faktor yang mempengaruhi penghadaman dan perkara-perkara yang mengawal alat penghadaman itu.

Analytical quality control in palm oil mill effluent laboratory

Satu daripada tanggungjawab asas makmal pembuangan kilang kelapa sawit ialah menghasilkan data yang nyata dan lengkap untuk pengawalan prosesan dan membuat keputusan. Rencana ini membincangkan sebahagian daripada faktor-faktor asas yang menyebabkan pengambilan mutu POME dan memberi cadangan-cadangan untuk mengawal faktor ini bagi memastikan keputusan analisa yang baik.

The effects of palm oil mill effluents on the charge characteristics of two weathered soils in Peninsular Malaysia

Efluen kilang minyak sawit mengandungi banyak N, P dan K. Membubuh efluen pada tanah telah menyebabkan pertambahan pH dan pengurangan pH0. Akibatnya ialah pertambahan cas tanah dan CEC. Pembubuhan efluen dengan kapur adalah cara yang paling berkesan bagi menambah cas negatif dan CEC tanah. Pertambahan pH tanah telah menyebabkan pengurangan yang ketara pada takat tepu […]

Guidelines on land application of palm oil mill effluent (POME)

Di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, efluen kilang minyak sawit (POME) perlu diolah sebelum dilupuskan ke sungai. Pengolahan dan penyaluran ke dalam sungai adalah satu amalan yang merugikan. Ini adalah kerana POME mengandungi bahan organik dan boleh dijadikan baja. Berdasarkan kepada kajian dan pengalaman, POME boleh dijadikan baja dan ini akan mengurangkan kos mengimport […]