The determination of oil palm fertilizer requirements in Peninsular Malaysia Part II:Effect of different environments

Keperluan baja kelapa sawit boleh ditentukan dari maklumat mengenai potensi keluaran yang maksima, zat makanan dari tanah dan kecekapan pemulihan baja yang mana semuanya berbeza mengikut persekitaran. Percubaan telah dibuat untuk mengaitkan faktor-faktor ini dengan sifat-sifat tanah dan iklim, dengan menggunakan keputusan dari percubaan baja, supaya ramalan mengenainya dapat dibuat dalam persekitaran baru. Terdapat pertalian […]

Development of peat soil for oil palm planting in Malaysia – Johor Barat Agricultural Project as a case study

Kekurangan kawasan tanah yang sesuai di masakini telah menyebabkan penanam-penanam terpaksa menggunakan tanah yang kurang sesuai (seperti tanah gambut) bagi penanaman kelapa sawit. Terdapat lebih kurang 810,000 ha tanah gambut di Semenanjung Malaysia, 90,000 ha di Sabah dan 1.5 juta ha di Sarawak. Di kawasan projek pembangunan Pertanian Johor Barat terdapat kira-kira 70,000 ha tanah […]

The available water holding capacity of oil palm soils in Malaysia

Keupayaan menyimpan air 100 jenis tanah dari kawasan percubaan baja di Semenanjung Malaysia telah ditentukan. Kelembapan yang ada pada field capacity'(F.C.) ditentukan melalui ‘direct sampling’, sementara kelembapan yang ada pada ‘permanent wilting point’ (P.W.P.) diukur dimakmal dengan menggunakan alat plat tekanan. Perbezaan di antara kedua-dua ukuran dijadikan sebagai keupayaan menyimpan air. Air yang disimpan di […]

Volatilisation losses of nitrogen from urea applied to Malaysian soils Effect of granular size and soil properties

Ujian makmal telah dibuat untuk membanding kehilangan pemerapan N dari baja urea berbagai saiz yang dibubuh pada beberapa jenis tanah di Malaysia. Adalah didapati bahawa dalam keadaan lembap bila mana butir-butir baja ini larut dengan cepat, saiz butir tidak banyak mempengaruhi pemeruapan N. Bagaimanapun, kehilangan pemeruapan N menurun dengan banyak dengan bertambahnya bahan organik tanah, […]

The Distribution of Benefits from Palm Oil Research

Walaupun faedah kasar dari penyelidikan kelapa sawit sudah diketahui, namun tidak banyak maklumat mengenai pecahan faedah ini antara pengeluar dan pengguna, dan juga antara beberapa kumpulan pengeluar, yang boleh didapati. Dalam makalah ini pecahan ini dikaji, dan dalam melakukannya inovasi yang diperolehi dan penyelidikan boleh dibahagikan kepada dua kategoni: ‘penjimatan kos’ (baka pokok yang lebih […]

Enforcement with respect to oil quality in East Malaysia

Hasil kerja pengawasan kualiti dan penguatkuasaan kualiti terhadap industri kelapa sawit di Malaysia Timur berbanding dengan Semenanjung Malaysia dihuraikan. Didapati bahawa kualiti keluaran kelapa sawit dari Malaysia Timur adalah memuaskan. Dalam daya usaha meningkatkan kualiti keluaran kelapa sawit di Malaysia sistem kualiti menghadapi beberapa kelebihan termasuklah tidak ada insentif, kelemahan infrastruktur dan spesifikasi kualiti yang […]