Medium chain triglycerides : A brief review

MCTs adalah minyak vang kandungannva terdiri daripada asid kaprilik dan asid kaprik dengan sedikit kandungan asid kaproik dan laurik. Walaupun MCTs adalah minyak, ia lebih bersifat seperti karbohidrat dengan sumber tenaga sebagai kalori sebanyak 8.3kcal/g. MCTs bersifat cecair walaupun mengandungi sepenuhnya rantai tepu asid lemak. Ini menyebabkan ia sangat stabil kepada oksidasi. Lelemak laurik seperii babassu, kelapa dan minyak isirong sawit udalah sumber utama bagi penyediaan MCTs. Tidak seperti minyak konvensional yang lain, MCTs disalurkan melalui vena portal dan bukan melalui sistem limpa. Ini menjadikan MCTs mudah dihadam, diserap dan disalurkan. MCTs dengan pantas dioksidasikan dan kurang cenderung untuk disimpan sebagai lemak badan. Ini menjadikan MCTs sumber tenaga yang banyak dan cepat. Disebabkan oleh sifat istimewa fizikal dan kimianya, MCTs digunakan sebagai sumber tenaga bagi ahli sukan, orang tua dan bayi tidak cukup bulan. MCTs juga sangat berguna bagi mengawal kegemukan dan paras kolesterol.

Releated

Economic analysis of beef cattle integration in mature oil palm

Lembu yang sering dianggap sebagai perosak kepada tanaman sawit boleh digunakan sebagai agen kawalan rumpai yang berkesan untuk tanaman matang. Kaedah integrasi lembu yang sistematik dengan menggunakan pagar elektrik mudah alih sebagai kawalan ternakan telah terbukti boleh menyesuaikan lembu di ladang sawit. Sistem ragutan bergilir yang diamalkan untuk kawalan rumpai boleh menyumbang kepada pencapaian matlamat […]

Minor components of palm oil

Minyak sawit mentah mengandungi banyak komponen surih yang mustahak seperti karoten, vitamin E, sterol, squalene, phospholipid dan ubiquinone. Walaupun komponen ini hanya 1% tetapi nilainya tinggi. Kebanyakannya dimusnah atau dikeluar dari minyak sawit dalam proses penapisan. Ini merugikan industri sebab komponen surih ini boleh dipulih. Beberapa komponen ini mempunyai ciri mustahak dalam bidang perubatan dan […]