Inflorescence Abortion and Sex Determination in Oil Palm

Penggunaan substrat semasa peringkat awal tumbesaran mayang kelapa sawit adatah merupakan kurang dari 0.1 % daripada keupayaan fotosintesis pelepah yang mencengkam, dan luruhan bunga tidak boleh dianggap disebabkan oleh kekurangan substrat. Kandungan proline yang amat tinggi didapati pada bunga muda. Ini rnenunjukkan kesesakan air setempat. Pernah dikatakan bahawa pengguguran adalah akibat dari permintaan air berlebihan satu pelepah: satu faktor yang bergantung kepada kehilangan air penyejatan, dan sumbangan tiap-tiap helai daun terhadap keperluan sap keseluruhan pokok. Pengguguran yang semakin meningkat pada peningkat Pelepah 7—9 (daun terbuka yang paling muda dianggap Pelepah 1) sering dikaitkan dengan pembuangan sklerenkirna berkas pembuluh dalam pulvinus petiol. Juga disarankan yang pulvinus petiol menjadi sernakin kurang berkesan sebagai sumber air tersedia, dan mayang yang terdedah sementara kepada kesan sepenuh perrnintaan air dari pelepah di mana ianya terlekat. Keadaan ini serupa dengan keadaan pokok di dalarn keadaan kemarau dan adalah dijangka, dalam hal ini juga, perencatan tumbesaran disebabkan oleh gangguan yang berkaitan dengan pola normal aktiviti metabolisme. Kemungkinan kesesakan air batang-apeks menjadi faktor kawalan bagi menentukan jantina bunga memerlukan satu tafsiran baru data-data fisiologi tumbuhan, dan dengan itu membuka lembaran baru dalam bidang penyeilidikan beronientasikan hasil.

Releated

The Distribution of Benefits from Palm Oil Research

Walaupun faedah kasar dari penyelidikan kelapa sawit sudah diketahui, namun tidak banyak maklumat mengenai pecahan faedah ini antara pengeluar dan pengguna, dan juga antara beberapa kumpulan pengeluar, yang boleh didapati. Dalam makalah ini pecahan ini dikaji, dan dalam melakukannya inovasi yang diperolehi dan penyelidikan boleh dibahagikan kepada dua kategoni: ‘penjimatan kos’ (baka pokok yang lebih […]

Harvesting and Mechanized Infield Collection of FFB

Tiga jenis penuaian dan pengutipan hasil ladang secara berjentera atau sistem pengangkutan BTB diladang-ladang tepi pantai dikaji bagi menentukan apakah faktor yang mernpengaruhi kos. Jenis-jenis sistem yang dikaji ialah: Sistem Penuai — Pemandu Sistem Penuai Pemandu — Pemunggah Sistem Penuai — Pernandu — Pemungut Buah Lerai Ciri tiap-tiap sistem, pengendalian sistem berkenaan dan pembayaran dihuraikan. […]