Harvesting and Mechanized Infield Collection of FFB

Tiga jenis penuaian dan pengutipan hasil ladang secara berjentera atau sistem pengangkutan BTB diladang-ladang tepi pantai dikaji bagi menentukan apakah faktor yang mernpengaruhi kos. Jenis-jenis sistem yang dikaji ialah:

Sistem Penuai — Pemandu

Sistem Penuai Pemandu — Pemunggah

Sistem Penuai — Pernandu — Pemungut Buah Lerai

Ciri tiap-tiap sistem, pengendalian sistem berkenaan dan pembayaran dihuraikan. Baik dun buruk tiap-tiap sistern dan segi produktiviti, kos, pendapatan pekerja, kebosanan kerja dan mutu BTB dikaji. Sistem yang paling jimat dari segi kos ialah Sistem Penuai-Pemandu. Salah satu rumusan yang didapati, menunjukkan bahawa keperluan tenaga kerja boleh dikurangkan sebanyak 20%-30%. Kos pengendalian traktor mini adalah murah jika ia dijaga dengan baik tetapi akan menjadi mahal jika tidak dijaga. Kos penuaian dan pemungutan dalam ladang yang dibantu oleh sebuah traktor mini ,merupakan 3%- 9% dari jumlah kos. Kos langsung bagi penuaian dan pengangkutan BTB dalam ladang dan pokok ke tempat memungut di tepi jalan (tidak termasuk faedah sampingan) adalah sekitar $10.58 hingga $11.09 setan metrik. Pertambahan $4.50 setan metrik dianggarkan bagi faedah sampingan. Cadangan bagaimana cara untuk mengurangkan kos penuaian dan pemungutan BTB dalarn ladang dengan menggunakan jentera bagi sesuatu keadaan ladang, juga diberikan.

Releated

The Distribution of Benefits from Palm Oil Research

Walaupun faedah kasar dari penyelidikan kelapa sawit sudah diketahui, namun tidak banyak maklumat mengenai pecahan faedah ini antara pengeluar dan pengguna, dan juga antara beberapa kumpulan pengeluar, yang boleh didapati. Dalam makalah ini pecahan ini dikaji, dan dalam melakukannya inovasi yang diperolehi dan penyelidikan boleh dibahagikan kepada dua kategoni: ‘penjimatan kos’ (baka pokok yang lebih […]

Laboratory and Field Evaluation on the Attractancy of Elaeidobius kamerunicus Faust to 4-allylanisole

Kajian penarikan serangga pendebunga (Elaeidobius karnerunicus Faust) kelapa sawit kepada minyak meruap semulajdi debunga) dan 4-allylanisole telah dilakukan di makmal dan di ladang. Ujian di makmal menggunakan dua jenis olfaktometer menunjukkan bahawa sebatian 4-allylanisole adalah lebih tinggi daya tarikannya dibandingkan dengan minyak meruap semulajadi. Olfaktormeter jenis tiub-V adalah lebik sempnrna dan efisyan. Ujian di ladang […]