Development of peat soil for oil palm planting in Malaysia – Johor Barat Agricultural Project as a case study

Kekurangan kawasan tanah yang sesuai di masakini telah menyebabkan penanam-penanam terpaksa menggunakan tanah yang kurang sesuai (seperti tanah gambut) bagi penanaman kelapa sawit. Terdapat lebih kurang 810,000 ha tanah gambut di Semenanjung Malaysia, 90,000 ha di Sabah dan 1.5 juta ha di Sarawak. Di kawasan projek pembangunan Pertanian Johor Barat terdapat kira-kira 70,000 ha tanah […]

Biosynthesis of fatty acids in higher plants

Proses fotosintesis dibincangkan secara ringkas. Fotosintesis bermula dengan pengikatan karbon dioksida di dalam suatu organel, dikenali sebagai kloroplas, yang terdapat di dalam daun. Melalui kitaran Calvin, sukros iaitu hasil primer fotosintesis dibentuk. Penjelasan yang sama bagi biosintesis lipid dalam buah kelapa sawit juga dihuraikan.

Bleachability and the DOBI

Kemudahan meluntur minyak sawit mentah adalah satu-satunya ciri mutu yang paling penting bagi penghasilan minyak tulen gred satu. Proses kimia mengenai tindakbalas kerosakan yang mempunyai kesan ke atas kelunturan dan kaedah-kaedah analisis untuk menentukan kelunturan dihuraikan. Kegunaan perincian perdagangan terhadap ujian ke atas minyak sawit mentah, yang dikenali sebagai DOBI, dibincangkan.

Mitosis in Elaeis Guineensis Jacq race Deli Dura

Proses mitosis yang lengkap dalam Elaeis guineensis Jacq. telah dikaji, dengan menggunakan hujung akar yang tumbuh. Oleh kerana kromosom Elaeis sangat kecil dan ianya melekat sesama sendiri, maka kajian terperinci ke atas proses mitosis tidak dapat dibuat denan sempurna. Hujung akar yang tumbuh diberi prarawatan dengan colchicine pada beberapa paras sukatan dan dalam jangka masa […]

Palm oil products: quality and users’ needs

Mutu dan keperluan pengguna merupakan tajuk bagi seminar satu hari pada bulan Januari 1982 anjuran PORIM sebagai memenuhi permintaan dari PORAM. Penceramah-penceramah terdiri dari pagawai-pegawai dari dua Bahagian PORIM: (i) Kegunaan Akhir dan Khidmat Nasihat Teknikal dan (ii) Kimia dan Teknologi. Ini adalah laporan persidangan tersebut termasuk perbincangan oleh para peserta.

The need to increase fat consumption in developing countries

Penggunaan lemak di kebanyakan negara-negara membangun didapati tidak mencukupi. Negara-negara maju menghadapi masalah penggunaan lemak yang berlebihan sementara di negara-negara membangun keadaan adalah sebaliknya. Penggunaan dilihat dari dua sudut, pertama, meningkatkan paras penggunaan ke peratus 20 kalori dan kedua, mengatasi kekurangan kalori gantian lemak. Penggunaan lemak bergantung kepada pendapatan, bekalan dan berbagai tabiat sosial di […]