Variation in the Fertilizer Requirements of Oil Palm in Peninsular Malaysia. I. Within the Same Soil Series

Penggunaan baja yang optimum bagi kelapa sawit di sesuatu kawasan bergantung kepada nutrien, tanah dan keberkesanan pendapatan balik baja. Di dalam artikel ini ditunjukkan bagaimana perbezaan antara ciri-ciri pokok dan kawasan boleh mengubah keperluan baja walaupun pada siri tanah yang sama. Jika perbezaan ini diambilkira maka faedah dan penggunaan baja boleh dipertingkatkan.

Estimating Furnace Combustion Temperatures and Heat Losses in Boiler Flues

Industri pengilangan minyak sawit menggunakan bahanapi pepejal dan sisa sawit untuk memanaskan ‘dandang’, bagi penjanaan kuasa ‘terma’ dan ‘motive’. Artikel ini menggariskan satu cara bagi menganggar suhu pembakaran dan kehilangan haba dalam gas ‘flue’ dari ‘dandang’ kilang minyak sawit dibawah keadaan beberapa jenis bahanapi. Kesan-kesan penggunaan kadar angin berlebihan yang berbeza juga diterangkan.

Training in Sensory Evaluation

Beberapa wakil dan pihak industri yang berminat dengan analisis perisa menggunakan kaedah deria telah menjalani satu kursus latihan mengenai penilaian deria di PORIM. Antara kaedah yang ditunjukkan termsuklah Ujian Perbandingan Berpasangan, Ujian Segitiga, Ujian Mengenali Bau, Profil Perisa dan Analisis Penghuraian Kuantiti. Beberapa hasil yang didapati dibincangkan.

Determination of Solvent Residue in Oils

Satu kaedah kuantitatif seperti yang dihuraikan dalam draf 150 Kaedah ISO/TC 34/SC 11 N 292 E Penentuan Pelarut Sisa Minyak dan Lemak Tumbuhan dan Haiwan menggunakan Kaedah Kromatografi Gas-Cecair Secara Suntikan Terus Sampel digunakan bagi mengesan sisa pelarut didalam minyak dengan cara kromatografi cecair. Penggunaan pra–turus dalam sistem penyuntik adalab perlu demi menentukan hanya pelarut […]

Oil Palm Yield Responses to P Fertilizer in Peninsular Malaysia

Hasil BTB sebagai gerakbalas dari baja fosfat batuan yang diberi pada pokok sawit dalam 10 kajian baja yang dibuat pada berbagai jenis tanah di Semenanjung Malaysia dilaporkan bagi dua tempoh waktu yang berlainan. Pada tanah yang berasal dan batu mendak dan lanar pesisir, gerakbalas hasil bagi pokok sawit yang ditanam semula tenhadap CIRP pada amnya […]

Biochemistry and Biotechnology in R&D of Palm Oil

Aspek-aspek biokimia dan bioteknologi yang perlu bagi penyelidikan pengklonan gen dan asid nukleik deoksiribo paduan semula (recombinant DNA) dihuraikan. Berbagai pendekatan seperti biologi sel, biologi dan biokimia molekul perlu dikaji demi untuk memahami sintesis mmyak sawit. Kajian ini agak asas dan mahal bagi Malaysia tetapi ianya perlu jika teknologi asid nukleik deoksinibo paduan semula bagi […]

Inflorescence Abortion and Sex Determination in Oil Palm

Penggunaan substrat semasa peringkat awal tumbesaran mayang kelapa sawit adatah merupakan kurang dari 0.1 % daripada keupayaan fotosintesis pelepah yang mencengkam, dan luruhan bunga tidak boleh dianggap disebabkan oleh kekurangan substrat. Kandungan proline yang amat tinggi didapati pada bunga muda. Ini rnenunjukkan kesesakan air setempat. Pernah dikatakan bahawa pengguguran adalah akibat dari permintaan air berlebihan […]

Laboratory and Field Evaluation on the Attractancy of Elaeidobius kamerunicus Faust to 4-allylanisole

Kajian penarikan serangga pendebunga (Elaeidobius karnerunicus Faust) kelapa sawit kepada minyak meruap semulajdi debunga) dan 4-allylanisole telah dilakukan di makmal dan di ladang. Ujian di makmal menggunakan dua jenis olfaktometer menunjukkan bahawa sebatian 4-allylanisole adalah lebih tinggi daya tarikannya dibandingkan dengan minyak meruap semulajadi. Olfaktormeter jenis tiub-V adalah lebik sempnrna dan efisyan. Ujian di ladang […]