Stochastic model for Malaysian palm oil
Kajian awal menunjukkan bahawa siri pengeluaran minyak sawit Malaysia mengandungi pola bermusim tahunan. Mengikut kaedah binaan model Box-Jenkins sebuah model ‘multiplicative’ telah didapati.
Malaysian Palm Oil Board (MPOB)
Kajian awal menunjukkan bahawa siri pengeluaran minyak sawit Malaysia mengandungi pola bermusim tahunan. Mengikut kaedah binaan model Box-Jenkins sebuah model ‘multiplicative’ telah didapati.
Penggunaan kaedah ymg murah dan mudahalih bagi menyukat penyejatan air dari permukaan tanah dan perpeluhan dari pelepah dihuraikan. Contoh sukatan diberi bagi menunjukkan bagaimana penyejatan berubah bergantung kepada sinaran suria, waktu dan kedudukan daun dalam rimbunan dahan.
Pengenalan dan beberapa sifat-sifat zeolit tiruan diringkaskan. Penggunaan zeolit tiruan dalam perusahaan petroleum ditegaskan dan penggunaannya yang mungkin dalam pengeluaran bahan bakar dalam perusahaan minyak kelapa sawit dibincangkan.
Kalorimetri pengiaman pembezaan (DSC) adalah salah satu cara yang digunakan untuk menentukan ciri, juga untuk mengkaji sifat-sifat fizikal minyak dan lemaak. Sifat fizikal adalah penting kerana ia mempengaruhi kegunaan akhir minyak dan lemak. Makalah ini menghuraikan penggunaan DSC pada minyak dan lemak, terutama minyak sawit. Kaedah menyukat dan kajian minyak sawit bagi satu tempoh simpan […]
Kajian yang membandingkan penggunaan baja bagi pokok kelapa sawit di tempat-tempat yang berlainan di sekitar pokok dan pada kekerapan yang berbeza telah dilakukan pada tanah darat di Malaysia. Bila pokok berumur 7-9 tahun, dan baja hanya dibubuh sekali saja dalam setahun, hasil yang terbanyak boleh didapati bila baja N dibubuh di bulatan kemasan rumpai dan […]
Kaedah yang mudah bagi menganalisis hasil pada kajian kelapa sawit dari segi penggunaan dan penukaran tenaga suria, dan dari sekatan pengasimilasian dihuraikan. Analisis ini dibuat pada kira-kira 30 kajian baja bagi beberapa jenis tanah di Malaysia.Perubahan penggembelingan berperingkat tenaga suria hanya sedikit saja mempengaruhi penghasilan jumlah jirim kering. la sebaliknya banyak dipengaruhi oleh kecekapan penukaran […]
Vitamin E boleh didapati dari PFAD dan daun kelapa sawit. Kedua-dua ini adalah hasil sampingan yang boleh didapati dengan banyak dari kilang penapis dan ladang kelapa sawit. Di samping menghasilkan pendapatan yang lebih, projek ini adalah salah satu projek yang mengeksploitasi penggunaan optimum bahan sampingan industri kelapa sawit Malaysia. Satu lagi faedah dari projek ini […]
Percambahan bijibenih kelapa sawit adalah penting kerana bilangan yang terlibat adalah besar (lebih kurang 10 juta biji setahun). Dalam artikel ini, kajian metabolisme bijibenih kelapa sawit selepas percambahan dihuraikan. Perubahan enzim-enzim terpilih yang terlibat dengan penggunaan bekalan lipid di dalam bijibenih diikuti sehingga enam minggu. Trigliserida lipase memang ada dalam bijibenih tetapi kedudukannya agak mengelirukan. […]
Ujian makmal telah dibuat untuk membanding kehilangan pemerapan N dari baja urea berbagai saiz yang dibubuh pada beberapa jenis tanah di Malaysia. Adalah didapati bahawa dalam keadaan lembap bila mana butir-butir baja ini larut dengan cepat, saiz butir tidak banyak mempengaruhi pemeruapan N. Bagaimanapun, kehilangan pemeruapan N menurun dengan banyak dengan bertambahnya bahan organik tanah, […]
Satu kaedah yang memudahkan pengambilan jambak bunga kelapa sawit diperkenalkan. Kaedah ini juga menyenangkan sebahagian daripada kerja-kerja pendebungaan terkawal dalam proses pengeluaran biji benih. Secara prinsip, jak-jak hidrolik bimbit, yang telah diubahsuai digunakan untuk membuka atau membesarkan ruang di celah-celah pelepah. Ini akan memudahkan pengambilan jambak bunga muda, untuk kultura tisu umpamanya. Ruang yang lebih […]