Oil Palm Bulletin No. 25 (November 1992) p22 - 27

Survey of crude palm oil quality ex-mill Sabah

TIONG S M I

Satu kajiselidik dilakukan bagi menentukan kualiti minyak sawit mentah (MSM) dari Sabah. Perbandingan hasil kajiselidik ini dengan yang telah dijalankan oleh PORAM (Wong, 1981) menunjukkan bahawa MSM Sabah, pada umumnya, mempunyai kualiti lebih baik berbanding MSM Semenanjung Malaysia. Kajiselidik ini juga menunjukkan bahawa parameter kualiti MSM Sabah, iaitu asid lemak bebas, lembapan dan bendasing adalah dalam lingkungan spesifikasi Piawaian SIRIM (1983). Dari kajian ini kita dapati bahawa kawasan Tawau dan Sandakan menghasilkan MSM berkualiti lebih baik berbanding dengan kawasan Lahad Datu.


Tags: , , , ,

Author information: