Efforts in Mechanisation towards Improving Worker Productivity
R Thayaparakanthan*The labour situation in the plantation sector in Malaysia is heading towards a twin convergence of increasing minimum wages and low labour productivity. Going forward, the industry will face difficulties in attracting and retaining workers, if the above challenges are not addressed quickly to improve operational efficiency and productivity, as well as skills dilution. Currently, the arrival of workers from Indonesia shows a declining trend, and the focus is on recruitment of other nationalities, mainly from India, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka and Myanmar, as replacement workers. The process is getting difficult and slow due to the longer processing time and higher cost of recruitment. In addition, the demand for wage increase will continue to push the current minimum wage of RM 1000 per month in the Peninsula to a much higher level. It is critical that we focus on productivity and earnings, in order to attract local workers for some jobs where physical efforts can be minimised or removed altogether through the integration of innovative technologies and realignment of work processes to make the job scope more attractive. Every effort is required from industry players to ensure a common platform to elevate the plantation sector through technology incorporation to meet sustainability goals. This paper focuses mainly on harvesting operations being the most critical activity in any oil palm estate in terms of generating revenue and profit for the plantation company. Sime Darby Plantation has improved harvesting work processes through the implementation of a Division of Labour (DOL) and Division of Earnings (DOE) concept in their estates. The basic step of DOL and DOE is to segregate the duties of the harvesters into ‘skilled’ and ‘unskilled’ functions, whereby the harvesting wage structure is distributed proportionately based on the job category of the harvesters. Optimisation of cutters’ skills is important, as the total earnings of a group of harvesters are solely dependent on the performance of the cutters in achieving the targeted productivity with duties covering only the cutting of subtending frond or fronds and the fresh fruit bunches (FFB). The importance of integrating man and machine is to minimise physical effort and to eliminate multiple manual handling in both flat and terraced areas. Implementation of the above efficient work processes will improve the labour-tohectare ratio, and ultimately reduce the workforce requirements for harvesting. Other options being explored for mechanising field operations are also touched on briefly in this paper. The critical success factor is ensuring that the estate management consistently monitors the performance of each harvester assigned to a particular task in meeting the targeted productivity and cost. In addition, continuously driving the performance of all categories of harvesters and workers in the estates by setting long-term targets is essential for the company to be cost-efficient, competitive and sustainable.
Situasi buruh di sektor perladangan di Malaysia kini menuju ke arah penyatuan bersepadu iaitu meningkatkan kadar gaji minimum dan juga meningkatkan produktiviti. Pada masa hadapan, industri ini akan menghadapi kesukaran dalam menarik dan mengekalkan pekerja, jika cabaran untuk meningkatkan kecekapan serta produktiviti operasi, dan juga pemindahan kemahiran, tidak ditangani dengan segera. Kini, kedatangan pekerja
dari Indonesia menunjukkan kadar menurun, fokusnya kini adalah untuk mengambil pekerja gantian dari warganegara lain, terutamanya dari India, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka dan Myanmar. Proses ini menjadi semakin sukar dan lambat disebabkan oleh masa pemprosesan yang lebih lama dan kos pengambilan yang lebih tinggi. Di samping itu, permintaan kenaikan gaji akan terus mendorong kenaikan aras gaji minimum RM 1000 sebulan di Semenanjung ke tahap yang lebih tinggi. Adalah penting untuk kita memberi tumpuan kepada produktiviti dan pendapatan, untuk menarik pekerja tempatan di mana tenaga fizikal dapat diminimumkan atau dihapus sama sekali melalui integrasi teknologi yang inovatif dan penyusunan semula proses kerja untuk menjadikan skop kerja lebih menarik. Segala usaha diperlukan bagi memastikan pihak industri menggunakan platform yang sama untuk meningkatkan sektor perladangan menerusi penyatuan teknologi bagi mencapai matlamat kemampanan. Kertas kerja ini memberi tumpuan utama kepada operasi penuaian sebagai aktiviti terpenting di ladang sawit dari segi penjanaan pendapatan dan juga keuntungan bagi syarikat perladangan. Sime Darby Plantation telah memperbaiki proses kerja penuaian melalui pelaksanaan konsep Bahagian Buruh (DOL) dan Bahagian Pendapatan (DOE) di estet mereka. Langkah asas DOL dan DOE adalah untuk mengasingkan tugas-tugas penuai kepada fungsi ‘mahir’ dan ‘tidak mahir’, di mana struktur upah penuaian diagihkan berdasarkan kategori tugas penuai. Mengoptimakan kemahiran penuai adalah penting, kerana jumlah pendapatan kumpulan penuai amat bergantung kepada prestasi penuai dalam mencapai sasaran produktiviti yang hanya melibatkan pemotongan pelepah dan buah tandan segar (BTS). Kepentingan mengintegrasikan tenaga manusia dan mesin adalah untuk meminimumkan penggunaan tenaga fizikal dan menghapuskan pelbagai pengendalian manual di kedua-dua kawasan rata dan berteres. Pelaksanaan proses kerja yang cekap di atas akan meningkatkan nisbah buruh per hektar, dan akhirnya mengurangkan keperluan tenaga kerja untuk menuai. Artikel ini juga menyentuh secara ringkas opsyen lain yang diterokai untuk memekanisasikan operasi ladang. Faktor kejayaan yang terpenting adalah dengan memastikan pengurusan estet memantau secara konsisten prestasi setiap penuai untuk mencapai sasaran produktiviti dan kos. Di samping itu, adalah penting bagi sesebuah syarikat menetapkan sasaran jangka panjang untuk menjadi cekap, kompetitif dan mampan dengan berterusan mengawasi prestasi semua kategori penuai dan pekerja di estet.
Tags: DOE, productivity, efficiency, skilled and unskilled, mechanisation, DOL
Author information: