Oil Palm Bulletin No. 36 (May 1998) p1-12

A planned approach towards future development of oil palm smallholders in Malaysia

MOHD ARIF Simeh , IDRIS Hj Omar , MOHD NASIR Hj Amiruddin

Sektor pekebun kecil persendirian sawit perlu dibangunkan secara lebih terancang bagi memastikan bahawa pendapatan yang didapati dari komoditi ini adalah berpadanan dan sejaJar dengan perkembangan ekonomi negara ke arah status perindustrian. Walaupun Dasar Pertanian Negara 1992-2010 membayangkan bahawa sektor pekebun kecil persendirian akan lenyap melalui penggabungan kebun-kebun kecil, namun dengan berdasarkan peratus perkembangan semasa, sektor tersebut dijangka akan terus wujud. Ini adalah kerana tidak semua pekebun kecil ini dapat menyertai program perladangan berkelompok kerana kedudukan kebun yang berselerak. Lagipun tiada perundangan yang boleh menghalang mereka untuk terus menjadi pekebun kecil persendirian. Oleh yang demikian pendekatan pembangunan yang terancang bagi sektor ini perlu diperkukuhkan melalui strategi peningkatan pendapatan bagi membolehkan pekebun kecil ini mendapat pulangan yang melepasi pendapatan garis kemiskinan. Apabila sesuatu kawasan dikenalpasti sesuai secara teknikal untuk ditanam dengan kelapa sawit, penekanan ke atas saiz ladang yang ekonomik perlu diberi perhatian yang serius kerana setiap kawasan memerlukan saiz ladang yang agak berbeza. Di dalam kertas kerJa ini satu kaedah pemilihan saiz ladang yang optimum telah ditunjukkan dengan menggunakan analisa faedah kos.


Tags: , , , ,

Author information: