Oil Palm Bulletin No. 68 (May 2014) p16-24

Chemical Control of Mucuna bracteata Dc. Ex Kurz Legume Cover Crop

Yit Kheng Goh*, Chin Hor Lai*, Tasren Nasir Mahamooth*, Huang Huang Gan*, You Keng Goh* and Kah Joo Goh*

Mucuna bracteata DC. ex Kurz is a fast growing leguminous ground cover planted in oil palm plantations for conserving soils, suppressing unwanted noxious weeds, recycling nutrients, and minimising rhinoceros beetles to young immature oil palm. However, its fast-growing nature and ability to regenerate very rapidly, if uncontrolled, can smother the palms. The effects of five major types of herbicides, namely glufosinate ammonium, metsulfuron methyl, glyphosate isopropylamine, paraquat dichloride, and disodium methyl arsenate, selective combination of them and the associated costs in M. bracteata control were evaluated to determine an economical and effective approach of managing M. bracteata cover in oil palm plantations. Treatments with contact herbicides were applied at four- to five-week intervals, but treatments with systemic chemicals, missed the third round of spraying because of low Mucuna coverage (below 70%). M. bracteata treated with contact herbicides showed high mortality in first week after application but the effect reduced over time and thus, had shorter control duration. Metsulfuron and other systemic chemicals caused low mortality to Mucuna at first but efficacy increased with time. Glufosinate ammonium (premium or original formulation) was more effective in suppressing M. bracteata compared to generic formulation. Selective contact disodium methyl arsenate was the least effective in legume control compared to other contact herbicides. Results showed that spraying with glyphosate+metsulfuron mixture followed by glufosinate gave longer duration of control efficacy, less labour-intensive and more economical compared with contact herbicides. This treatment is a good replacement for paraquat and the costlier repeated use of glufosinate.

 

Mucuna bracteata DC. ex Kurz adalah tanaman kekacang penutup bumi yang mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi dan ditanam di ladang sawit untuk memelihara tanah, mengawal pertumbuhan rumpai yang tidak diingini, mengitar semula nutrien dan mengurangkan serangan kumbang badak pada sawit yang belum matang. Namun begitu, kadar pertumbuhannya yang tinggi dan keupayaan untuk tumbuh semula dengan cepat boleh melitupi sawit jika tidak dikawal. Kesan lima jenis racun rumpai utama, iaitu glufosinat ammonium, metsulfuron metil, glifosat isoprolamin, parakuat diklorid dan disodium metil arsenat (DSMA) serta gabungan terpilih di antara racun rumpai tersebut dan kos yang berkaitan dengan kawalan M. bracteata telah dinilai untuk menentukan pendekatan ekonomi dan keberkesanan racun rumpai tersebut dalam mengawal pertumbuhan M. bracteata di ladang sawit. Rawatan dengan menggunakan racun rumpai sentuhan telah digunakan pada selang empat hingga lima minggu, tetapi rawatan dengan racun kimia sistemik, terlepas semburan pusingan ketiga kerana liputan Mucuna yang rendah (bawah 70%). Kadar kematian M. bracteata yang tinggi dicatatkan pada minggu pertama selepas dirawat dengan racun rumpai sentuhan tetapi kesannya berkurangan dari semasa ke semasa dan dengan itu, mempunyai tempoh kawalan yang lebih pendek. Metsulfuron dan bahan kimia sistemik lain menyebabkan kadar kematian Mucuna rendah pada mulanya tetapi keberkesanan meningkat dengan masa. Glufosinat ammonium (premium atau formulasi asal) adalah lebih berkesan dalam mengawal M. bracteata berbanding formulasi generik. Racun rumpai DSMA secara terpilih adalah paling kurang berkesan dalam kawalan kekacang berbanding dengan racun rumpai sentuhan yang lain. Hasil kajian menunjukkan bahawa semburan campuran glifosat+metsulfuron diikuti dengan glufosinat memberikan tempoh keberkesanan yang lebih panjang, kurang penggunaan buruh dan lebih ekonomi berbanding dengan racun rumpai sentuhan. Rawatan ini adalah pengganti yang baik untuk parakuat dan penggunaan berulang glufosinat yang kosnya lebih mahal.

 


Tags: , , , , ,

Author information: