Critical aspects of slip melting point measurements

Aspek penting mengenai ukuran paras titik lebur minyak seperti masa/waktu dan suhu, cara-cara pewajaan, cara menyediakan sampel, ukuran tinggi lemak di dalam salur rerambut dan saiz salur rerambut dibincangkan secara terperinci. Ketetapan cara dilaporkan dan juga cadangan-cadaugan yang dibuat untuk membaiki keputusan percubaan telah diberikan.

Analytical quality control in palm oil mill effluent laboratory

Satu daripada tanggungjawab asas makmal pembuangan kilang kelapa sawit ialah menghasilkan data yang nyata dan lengkap untuk pengawalan prosesan dan membuat keputusan. Rencana ini membincangkan sebahagian daripada faktor-faktor asas yang menyebabkan pengambilan mutu POME dan memberi cadangan-cadangan untuk mengawal faktor ini bagi memastikan keputusan analisa yang baik.

Bleachability and the DOBI

Kemudahan meluntur minyak sawit mentah adalah satu-satunya ciri mutu yang paling penting bagi penghasilan minyak tulen gred satu. Proses kimia mengenai tindakbalas kerosakan yang mempunyai kesan ke atas kelunturan dan kaedah-kaedah analisis untuk menentukan kelunturan dihuraikan. Kegunaan perincian perdagangan terhadap ujian ke atas minyak sawit mentah, yang dikenali sebagai DOBI, dibincangkan.