Critical aspects of slip melting point measurements

Aspek penting mengenai ukuran paras titik lebur minyak seperti masa/waktu dan suhu, cara-cara pewajaan, cara menyediakan sampel, ukuran tinggi lemak di dalam salur rerambut dan saiz salur rerambut dibincangkan secara terperinci. Ketetapan cara dilaporkan dan juga cadangan-cadaugan yang dibuat untuk membaiki keputusan percubaan telah diberikan.

A look at the future world market for palm oil mid-fraction for use as component of a cocoa butter equivalent fat

Lemak tandingan cocoa butter ialah sejenis lemak yang pada keseluruhannya bersesuaian dengan cocoa butter dan boleh dicampurkan dalam sebarang nisbah campuran tanpa menukarkan ciri-ciri kelembutannya. Satu kajian telah dijalankan pada masa ini bertujuan untuk mengubah “palm oil mid-fraction” kedalam satu lemak CBE lengkap oleh proses biochemical yang mana akan meningkatkan kepentingan pemecahan ini dimasa hadapan.

Effects of composition of palm oil properties

Sifat-sifat minyak kelapa sawit adalah ditentukan oleh kandungan kimianya. Kandungan semulajadi minyak kelapa sawit mingikut kandungan asid lemak dan triglycerid diterangkan. Pembiakan pokok dan cara-cara memperoses seperti pemecahan, penghidrogenan dan interesterifikasi yang digunakan untuk mengubah kandungan minyak kelapa sawit dibincangkan mengikut hubungannya dengan sifat-sifat.