Correlation between vegetative characters in the Nigerian oil palm population

Tiga belas sifat-sifat tampang telah diukur pada populasi kelapa sawit dari Nigeria yang telah ditanam di Kluang. Kesemua tiga belas sifat-sifat ini ada hubungan secara positif diantara satu sama lain pada peringkat populasi, famili dan biji-benih. Walau bagaimana pun pengeluaran pelepah didapati mempunyai hubungan negatif dengan sifat-sifat yang lain pada peringkat populasi. Analisa ‘covariance’ telah […]

Biology division of PORIM the oil palm research programme

Dengan tertubuhnya PORIM dalam tahun 1979 program-program penyelidikan kelapa sawit yang sedang dijalankan di MARDI telah dipindahkan kepada PORIM. Tujuan utama program-program penyelidikan bahagian ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran minyak, mengurangkan kos pengeluaran dan membaiki kualiti minyak. Makalah ini membincangkan program-program penyelidikan kelapa sawit yang telah diatur berserta beberapa disiplin yang berkaitan

The available water holding capacity of oil palm soils in Malaysia

Keupayaan menyimpan air 100 jenis tanah dari kawasan percubaan baja di Semenanjung Malaysia telah ditentukan. Kelembapan yang ada pada field capacity'(F.C.) ditentukan melalui ‘direct sampling’, sementara kelembapan yang ada pada ‘permanent wilting point’ (P.W.P.) diukur dimakmal dengan menggunakan alat plat tekanan. Perbezaan di antara kedua-dua ukuran dijadikan sebagai keupayaan menyimpan air. Air yang disimpan di […]

Analysis of fatty acid composition (FAC) in Elaeis guineensis, Elaeis oleifera, their hybrids and its implication in breeding

Minyak sawit yang ada masakini digunakan di dalam bahan-bahan di mana kandungan pepejalnya hendaklah pada suhu bilik. Dengan bertambahnya penggunaan minyak sawit di pasaran dunia, maka adalah berfaedah jika minyak sawit yang lebih cair diperolehi. Olein dari kelapa sawit yang dikacuk boleh digunakan di negara-negara ‘temperate’. Penyelidikan pembiakan hendaklah ditumpukan kepada peningkatan asid oleik dengan […]

Collection of oil palm (Elaeis Oleifera) genetic material in Central and South America

Pengumpulan biji kelapa sawit Elaeis oleifera, yang berasal dari Amerika Selatan, telah dibuat dari Suriname, Colombia, Panama, Costa Rica, Nicaragua, Honduras dan Peru. Sebanyak 36 854 biji telah diperolehi dari 167 sampel yang dikumpul. Terdapat perbezaan di antara buah kelapa sawit dari Suriname jika dibandingkan dengan buah dari Colombia, Panama, Costa Rica, Nicaragua dan Honduras.

Biosynthesis of fatty acids in higher plants

Proses fotosintesis dibincangkan secara ringkas. Fotosintesis bermula dengan pengikatan karbon dioksida di dalam suatu organel, dikenali sebagai kloroplas, yang terdapat di dalam daun. Melalui kitaran Calvin, sukros iaitu hasil primer fotosintesis dibentuk. Penjelasan yang sama bagi biosintesis lipid dalam buah kelapa sawit juga dihuraikan.