Effects of composition of palm oil properties

Sifat-sifat minyak kelapa sawit adalah ditentukan oleh kandungan kimianya. Kandungan semulajadi minyak kelapa sawit mingikut kandungan asid lemak dan triglycerid diterangkan. Pembiakan pokok dan cara-cara memperoses seperti pemecahan, penghidrogenan dan interesterifikasi yang digunakan untuk mengubah kandungan minyak kelapa sawit dibincangkan mengikut hubungannya dengan sifat-sifat.

Technology for incorporating palm oil in vanaspati

Minyak sawit adalah salah satu dadpada beberapa minyak sayuran yang digunakan untuk membuat vanaspati. Walau bagaimanapun terdapat beberapa masalah bila lebih minyak sawit digunakan. Masalahnya dihuraikan. Juga diterangkan ialah bagaimana penggunaan teknologi dapat mengatasi masalah ini.

Commercial aspects of palm stearin utilization

Dalam tahun 1982, Malaysia mengeksport 0.5 juta tan stearin. Kuantiti ini menunjukkan yang stearin telah menjadi satu barangan eksport yang utama dan ia tidak boleh lagi dianggap sebagai bahan sampingan pengeluaran olein. Bekalan stearin juga adalah setanding dengan bekalan minyak haiwan. Makalah ini menghuraikan tentang pengeluaran, kuatiti, harga dan juga aspek ekonomi stearin.