Anthesis and fruit set in Elaeis Oleifera (HBK) Cortes

Elaeis oleifera, satu jenis kelapa sawit dari Amerika Tengah dan Selatan mempunyai beberapa ciri agronomi yang berfaedah. Sifat-sifat ini boleh dipindahkan melalui kacukan dan kacukan keasal, kepada kelapa sawit biasa, E. guineensis. Pengetahuan mengenai pembiakan jenis E. oleifera adalah terhad walaupun ianya penting untuk kejayaan pembaikbiakan. Suatu siri percubaan mengkaji aspek-aspek pembiakan biologi telah dimulakan […]

Analysis of fatty acid composition (FAC) in Elaeis guineensis, Elaeis oleifera, their hybrids and its implication in breeding

Minyak sawit yang ada masakini digunakan di dalam bahan-bahan di mana kandungan pepejalnya hendaklah pada suhu bilik. Dengan bertambahnya penggunaan minyak sawit di pasaran dunia, maka adalah berfaedah jika minyak sawit yang lebih cair diperolehi. Olein dari kelapa sawit yang dikacuk boleh digunakan di negara-negara ‘temperate’. Penyelidikan pembiakan hendaklah ditumpukan kepada peningkatan asid oleik dengan […]

Collection of oil palm (Elaeis Oleifera) genetic material in Central and South America

Pengumpulan biji kelapa sawit Elaeis oleifera, yang berasal dari Amerika Selatan, telah dibuat dari Suriname, Colombia, Panama, Costa Rica, Nicaragua, Honduras dan Peru. Sebanyak 36 854 biji telah diperolehi dari 167 sampel yang dikumpul. Terdapat perbezaan di antara buah kelapa sawit dari Suriname jika dibandingkan dengan buah dari Colombia, Panama, Costa Rica, Nicaragua dan Honduras.

Palynological studies in the genus Elaeis under the scanning electron mircoscope

Kedua-dua spesies genus Elaeis, iaitu, E. oleifera (HBK) Cortes dan E. guineensis Jacq. bersama-sama dengan rasnya Deli Dura, Pisifera dan hibrid kedua-dua ras ini Tenera, bermantel dan hibrid terbuka telah dikaji dari segi perincian debunga dan perbezaan genetiknya. Dari ini, didapati perbezaan genetik yang cukup bagi membezakan kesemua genotip ini hanya berasaskan kepada butir debunganya […]