Biology division of PORIM the oil palm research programme

Dengan tertubuhnya PORIM dalam tahun 1979 program-program penyelidikan kelapa sawit yang sedang dijalankan di MARDI telah dipindahkan kepada PORIM. Tujuan utama program-program penyelidikan bahagian ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran minyak, mengurangkan kos pengeluaran dan membaiki kualiti minyak. Makalah ini membincangkan program-program penyelidikan kelapa sawit yang telah diatur berserta beberapa disiplin yang berkaitan

Oil Palm Yield Responses to P Fertilizer in Peninsular Malaysia

Hasil BTB sebagai gerakbalas dari baja fosfat batuan yang diberi pada pokok sawit dalam 10 kajian baja yang dibuat pada berbagai jenis tanah di Semenanjung Malaysia dilaporkan bagi dua tempoh waktu yang berlainan. Pada tanah yang berasal dan batu mendak dan lanar pesisir, gerakbalas hasil bagi pokok sawit yang ditanam semula tenhadap CIRP pada amnya […]

Variation in the Fertilizer Requirements of Oil Palm in Peninsular Malaysia. I. Within the Same Soil Series

Penggunaan baja yang optimum bagi kelapa sawit di sesuatu kawasan bergantung kepada nutrien, tanah dan keberkesanan pendapatan balik baja. Di dalam artikel ini ditunjukkan bagaimana perbezaan antara ciri-ciri pokok dan kawasan boleh mengubah keperluan baja walaupun pada siri tanah yang sama. Jika perbezaan ini diambilkira maka faedah dan penggunaan baja boleh dipertingkatkan.