Potential source of sterols from a palm kernel oil methyl ester residue of an oleochemical plant

Kandungan dan komposisi satu pecahan baki metil ester minyak isirong yang didapati dari sebuah kilang oleokimia telah dikaji dengan cara TLC, GC dan GC/MS. Bahan-bahan utama yang terkandung adalah ester dan gliserida (lebih kurang 95%) manakala bahan-bahan tak disaponifi terdiri daripada hidrokarbon, triterpene alkohol, beberapa sebatian polar dan sterol. Jumlah tak saponifi didapati lebih kurang 4.2%. Sterol terdiri lebih kurang 1.7% daripada sampel tersebut dan keadaannya ialah dalam bentuk ester. Keputusan ini menunjukkan pecahan baki ini adalah suatu punca sterol yang kaya. Sterol utama ialah b -sitosterol (lebih kurang 78%) dan sterol yang lain adalah campesterol, stigmasterol, cholesterol dan lain-lain. Dengan cara penyulingan molekul, kepekatan sterol dapat ditinggikan ke takat lebih kurang tiga kali lebih pekat daripada sampel asal.

Releated