Training in Sensory Evaluation

Beberapa wakil dan pihak industri yang berminat dengan analisis perisa menggunakan kaedah deria telah menjalani satu kursus latihan mengenai penilaian deria di PORIM. Antara kaedah yang ditunjukkan termsuklah Ujian Perbandingan Berpasangan, Ujian Segitiga, Ujian Mengenali Bau, Profil Perisa dan Analisis Penghuraian Kuantiti. Beberapa hasil yang didapati dibincangkan.

Estimating Furnace Combustion Temperatures and Heat Losses in Boiler Flues

Industri pengilangan minyak sawit menggunakan bahanapi pepejal dan sisa sawit untuk memanaskan ‘dandang’, bagi penjanaan kuasa ‘terma’ dan ‘motive’. Artikel ini menggariskan satu cara bagi menganggar suhu pembakaran dan kehilangan haba dalam gas ‘flue’ dari ‘dandang’ kilang minyak sawit dibawah keadaan beberapa jenis bahanapi. Kesan-kesan penggunaan kadar angin berlebihan yang berbeza juga diterangkan.

Variation in the Fertilizer Requirements of Oil Palm in Peninsular Malaysia. I. Within the Same Soil Series

Penggunaan baja yang optimum bagi kelapa sawit di sesuatu kawasan bergantung kepada nutrien, tanah dan keberkesanan pendapatan balik baja. Di dalam artikel ini ditunjukkan bagaimana perbezaan antara ciri-ciri pokok dan kawasan boleh mengubah keperluan baja walaupun pada siri tanah yang sama. Jika perbezaan ini diambilkira maka faedah dan penggunaan baja boleh dipertingkatkan.

Determination of Solvent Residue in Oils

Satu kaedah kuantitatif seperti yang dihuraikan dalam draf 150 Kaedah ISO/TC 34/SC 11 N 292 E Penentuan Pelarut Sisa Minyak dan Lemak Tumbuhan dan Haiwan menggunakan Kaedah Kromatografi Gas-Cecair Secara Suntikan Terus Sampel digunakan bagi mengesan sisa pelarut didalam minyak dengan cara kromatografi cecair. Penggunaan pra–turus dalam sistem penyuntik adalab perlu demi menentukan hanya pelarut […]