Carbon pellets prepared from fibres of oil palm empty fruit bunches: 1. A qualitative X-ray diffraction analysis

Pengukuran pembelauan Sinar-X telah dijalankan keatas i)sampel serbuk yang diperoleh daripada gentian tandan buah kelapa sawit yang dikosongkan (EFB), (ii) ke atas sampel yang disediakan dengan pengkarbonan pelet yang diperbuat daripada serbuk EFB dengan memanashannya dari suhu bilik ke suhu 200 ° C, 250 ° C, 300 ° C dan sehingga 1000 ° C dengan kenaikan 100 darjah, dan (iii) ke atas sampel karbon yang disediakan dengan pengkarbonan pelet yang diperbuat datipada serbuk EFB dengan memanaskannya pada suhu bilik hingga 1000 ° C dan dibersihkannya dengan air suling serta air suling mendidih. Corak pembelauan Sinar-X yang diperoleh bagi setiap sampel dianalisis secara kualitatif dari segi (i) perubahan struktur yang berlaku dalam sampel, dan (4) kehilangan kandungan bahan bukan-karbon dalam sampel disebabkan oleh proses pemeruapan dan prosedur pembersihan.

Releated

Potential applications of supercritical fluid extraction technology in the oils and fats industry

Teknologi Ekstraksi Bendalir Superkritikal (EBSK) adalah satu teknik ekstraksi menggunakan bendalir superkritikal sebagai pelarut. Teknologi ini adalah dianggap menarik terutamanya dari kacamata penggunaan tenaga dan alam sekitar. Karbon dioksida adalah satu bendalir yang kerap digunakan dalam teknologi ini kerana ianya murah, tak-toksik, takmudah-terbakar, tidak menjejaskan alam sekitar dan sesuai untuk bahan yang taktahan-haba. Satu kelemahan […]