An Update of Oil Palm Haploid Technology: MPOB’s Experience
Noorhariza Mohd Zaki1; Rajinder Singh1; Muhammad Azwan Zulkifli1; Nordiana Hanim Mohd Nor1 and Chan Pek Lan1A haploid (H) oil palm containing only one complete set of chromosomes (n=16) will shorten the oil palm conventional breeding cycle, which is currently 15 to 25 years. The haploid palm can be utilised to produce completely homozygous doubled haploid (DH) lines in a single generation. As this is an interesting area of research, we outline the previous efforts to generate haploid oil palm and highlight the research achievements thus far. Screening for naturally occurring haploids (NOH) and doubled haploids (NODH) have shown promise, but the approach is hampered by the low frequency of such seedlings observed naturally. A high-throughput screening pipeline, combining morphological evaluation, cytometry, cytogenetics analysis, and molecular markers was successfully applied to identify haploid palm from the ‘off-type’ culled seeds. The screening strategy described here will accelerate the early identification of NOH, NODH and polyploids, thus helping to improve the efficiency of conventional oil palm breeding programs. The information obtained from the haploid individual’s whole-genome sequence (WGS) will be valuable for genetics-based studies, especially in understanding the molecular mechanism associated with the haploid formation in oil palm.
Sawit dengan satu set lengkap kromosom (n=16) dapat membantu memendekkan kitaran program biak baka sawit secara konvensional yang secara amnya memerlukan jangka masa selama 15 hingga 25 tahun. Sawit haploid (H) boleh digunakan bagi menghasilkan haploid dwiganda (DH) yang homozigus dalam satu kitaran generasi sahaja. Kajian haploid merupakan satu kajian yang menarik dan berguna untuk penambahbaikan biak baka konvensional. Justeru disini, usaha-usaha terdahulu dan juga perkembangan serta pencapaian terkini teknologi haploid sawit dikongsikan. Kaedah penyaringan sawit bergenom haploid (NOH) dan haploid dwiganda (NODH) yang terhasil secara semula jadi terbukti merupakan pendekatan yang terbaik. Walau bagaimanapun, kaedah ini amat sukar berikutan kekangan kewujudan anak pokok dengan status genom tersebut dengan kuantiti yang amat sedikit. Terkini, kaedah penyaringan sawit haploid pada skala besar yang menggabungkan pengenalpastian morfologi, analisis sitometri, analisis sitogenetik dan penanda molekul telah berjaya mengenalpasti sawit haploid daripada biji benih sawit takai. Strategi penyaringan yang dibangunkan ini dapat membantu mempercepatkan pengenalpastian sawit haploid, haploid dwiganda dan juga poliploid yang amat berguna kepada program biakbaka sawit konvensional. Maklumat yang diperoleh daripada penjujukan genom sawit haploid juga akan menjadi informasi yang berharga bagi kajian genetik sawit terutamanya dalam memahami mekanisma molekular yang menyebabkan pembentukan sawit haploid dengan lebih mendalam.
Tags: doubled haploid, haploid, cytogenetics, cytometry, oil palm
Author information:
1 Malaysian Palm Oil Board, 6 Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.
Corresponding author email: hariza@mpob.gov.my