The Use of Indigenous Trichoderma in Controlling Phytophthora palmivora – An In Vitro Investigation
S Sundram* and M A Intan Nur Ainni*Oil palm bud rot is a disease that destroys the young tissues of palms, and Phytophthora palmivora has been identified as the causal pathogen. The disease is devastating the South American oil palm industry. The pathogen is also known to be responsible for a number of serious diseases in cocoa, durian, jackfruit and coconut. A biosecurity threat is imminent in Malaysia due to the fact that P. palmivora is an indigenous pathogen affecting local commodity crops. Various research activities have been initiated to assess the potential threat imposed by the pathogen on oil palm. These include an investigation into one of the three components of biosecurity, i.e. developing long-term approaches for reducing and managing the effects of a potential outbreak. Four candidates of Trichoderma virens (PP9, PP29, T7b and T159c) that control Ganoderma effectively were selected for further investigation. An in vitro assessment subjected on 11 strains of P. palmivora to these Trichoderma isolates. Endophytic T. virens isolates T7b and T159c recorded good mycelial inhibition, ranging from 54%-77%, compared with the non-endophytic isolates of T. virens PP9 and PP29. The efficacy of extracellular metabolites of these four T. virens isolates was also tested on the two most aggressive strains representative of P. palmivora (P3 and P7). The study demonstrates the potential use of local Trichoderma isolates in controlling P. palmivora, and warrants further investigations to be conducted in the nursery and in the field.
Reput umbut sawit adalah penyakit yang merosakkan tisu-tisu muda pokok sawit dan Phytophthora palmivora telah dikenalpasti sebagai patogen penyakit tersebut. Penyakit ini kini menghancurkan industri sawit di Amerika Selatan. Patogen ini juga menyebabkan beberapa penyakit serius pada koko, durian, nangka dan kelapa. Ancaman biosekuriti dikhuatiri di Malaysia kerana P. palmivora adalah patogen yang menjangkiti tanaman komoditi tempatan. Pelbagai aktiviti penyelidikan sedang dilakukan untuk menilai potensi ancaman oleh patogen ini terhadap sawit. Ini termasuk siasatan pada salah satu komponen biosekuriti, iaitu pendekatan jangka panjang untuk mengurangkan dan mengurus kesan wabak yang berpotensi. Empat agen kawalan Trichoderma (PP9, PP29, T7b dan T159c telah dikenalpasti dapat mengawal Ganoderma dengan berkesan dipilih untuk siasatan lanjut. Penilaian in vitro terhadap keberkesanan empat isolat tersebut dilakukan pada 11 isolat P. palmivora. Isolat T. virens endofitik T7b dan T159c mencatatkan perencatan miselium yang baik (antara 54% dan 77%) berbanding dengan isolat T. virens bukan endofitik PP9 dan PP29. Keberkesanan metabolit ekstraselular daripada empat isolat T. virens ini juga diuji pada dua strain P. palmivora yang paling agresif (P3 dan P7). Kajian ini menunjukkan potensi penggunaan isolat Trichoderma tempatan untuk mengawal P. palmivora, dan juga menunjukkan siasatan lanjut di tapak semaian dan ladang perlu dilakukan.
Tags: bud rot, oil palm, Phytophthora palmivora, biosecurity, Trichoderma
Author information: