Oil Palm Bulletin No. 32 (May 1996) p17 - 20

Production of palm-based ice cream

WAN ROSNANI Awang Isa , NOR AINI Idris

Minyak dan lemak sayuran telah diguna dengan meluas di dalam pembuatan ais krim dan diizinkan oleh peraturan tempatan. Dalam pembuatan ais krim secara tradisi, hanya 1emak susu yang digunakan tetapi sekarang lemak susu telah digantikan dengan lemak sayuran. Lemak sayuran yang diguna biasanya 100% lemak dan boleh termasuk minyak sawit, minyak isirong sawit, minyak kelapa samada diguna secara sendirian atau campuran dengan minyak-minyak lain. Faktor yang mempengaruhi pengusaha ais krim mengubahsuai formulasi dengan menggunakan lemak sayuran adalah disebabkan oleh sifat-sifat lemak itu sendiri iaitu lebih stabil, konsisten dan harganya yang murah. Makalah ini memberi gambaran secara ringkas tentang pemprosesan ais krim dan sifat-sifatnya yang dihasilkan daripada minyak sawit berbanding dengan lemak susu.


Tags: , , ,

Author information: