Oil Palm Bulletin No. 32 (May 1996) p21 - 28

Economic feasibility of palm-based salad dressings production

MOHD ARIF Simeh , NOR AINI Idris

Kuah salad (salad dressings) merupakan sejenis emulsi yang diperbuat dari minyak sayuran dan amat terkenal di negara Barat. la adalah suatu produk yang baru di kalangan masyarakat tempatan dan selalunya dihidangkan di hotel-hotel, rumah- rumah kelab dan restoran makanan segera. Kebanyakan kuah salad di pasaran tempatan diimport dari luar negera tetapi terdapat juga kuah salad buatan tempatan yang menggunakan minyak yang diimport. Penyelidikan di PORIM menunjukkan bahawa minyak sawit boleh juga digunakan untuk menggantikan minyak yang diimport dalam penyediaan produk berkenaan. Di dalam artikel ini, satu analisis kewangan tetah dijalankan bagi meneliti dayamaju pelaburan dalam pengeluaran kuah salad secara komersil. Keputusan menunjukkan bahawa perusahaan kuah salad berasaskan minyak sawit didapati berdayamaju dan boleh dikomersilkan kerana kadar pulangan dalamannya adalah 37%.


Tags: , , , ,

Author information: