Oil Palm Bulletin No. 50 (May 2005) p1-13

Oil palm – achievements and potential

MOHD BASRI Wahid , SITI NOR AKMAR Abdullah , HENSON, I E

Cultivation of the oil palm (Elaeis guineensis Jacq.) has expanded tremendously in recent years such that it is now second only to soyabean as a major source of the world supply of oils and fats. Presently, Southeast Asia is the dominant region of production with Malaysia being the leading producer and exporter of palm oil. This article reviews the various factors that have led to oil palm occupying its present position, including biological, technical, managerial, environmental and socio-political aspects.

Biological features recognized as critical to the high productivity of the crop are examined. These include its perennial and evergreen nature (giving a continuous year-round canopy cover intercepting a high proportion of incoming radiation), the year-round production of fruit bunches and the high partition of total assimilates into harvested product.
Scientific and managerial aspects contributing to the success of the crop include the significant genetic improvements and production of high quality planting materials, the development and application of finely-tuned agronomic practices, the appropriate scale and efficient organization of oil palm plantations and the continuous R&amp,D and good infra-structural support provided in the main producing countries.
The programmes of crop improvement through the utilization of traditional breeding and selection methods, the development and benefits of vegetative propagation techniques using tissue culture and ongoing efforts to apply molecular and genetic engineering techniques to improve and modify oil composition, are reviewed. Finally, the nutritional qualities of palm oil as a healthy component of diet are briefly described.
Abstrak: Penanaman sawit (Elaeis guineensis Jacq.) telah berkembang dengan pesatnya pada kebelakangan ini dan kini menduduki tangga kedua selepas kacang soya sebagai sumber utama bekalan minyak dan lemak dunia. Dewasa ini, Asia Tenggara merupakan kawasan terpenting pengeluar minyak sawit di mana Malaysia merupakan pengeluar dan pengeksport utama. Artikel ini mengulas pelbagai faktor yang telah membawa sawit kepada kedudukan sekarang termasuk dari aspek biologi, teknikal, pengurusan, alam sekitar dan sosio-politik.
Ciri-ciri biologi yang telah dikenal pasti sebagai kritikal kepada produktiviti tinggi tanaman tersebut diteliti. Ini termasuk sifatnya yang saka dan sentiasa hijau (memberikan kanopi penutup sepanjang masa memintas sebahagian besar radiasi yang mendatang), penghasilan tandan buah sepanjang tahun dan penyaluran asimilasi tinggi ke dalam tandan buah.
Aspek saintifik dan pengurusan yang telah menyumbang kepada kejayaan sawit termasuklah pembaikan genetik yang signifikan, penghasilan bahan tanaman bermutu tinggi, pembangunan dan penggunaan amalan agronomi yang telah dihalusi dan saiz ladang sawit yang sesuai di samping sistem perladangan yang mantap, R&amp,D yang berterusan dan sokongan infrastruktur yang baik yang dikendalikan oleh negara pengeluar utama.
Artikel ini juga mengupas program pembaikan tanaman melalui penggunaan pembiak baka dan kaedah pemilihan, pembangunan dan faedah teknik pembiakan tampang melalui kultur tisu dan usaha yang berjalan untuk menggunakan teknik molekul dan kejuruteraan genetik bagi pembaikan dan pengubahan komposisi minyak.
Akhir sekali, kualiti pemakanan minyak sawit sebagai satu komponen berkhasiat di dalam makanan dibincangkan.

Tags: , , , , ,

Author information: