Oil Palm Bulletin No. 67 (November 2013) p17-29

Land Evaluation for Oil Palm Cultivation using Geospatial Information Technologies

Nordiana, A A*, Wahid, O*, Esnan, A G*, Zaki, A*, Tarmizi, A M*, Zulkifli, H* and Norman, K*

Land evaluation is the process of assessing the characteristics of a given piece of land to determine its suitability and viability for development. For oil palm cultivation, land development involves planning, land clearing, road and drainage networks development and oil palm planting. This article reports the results of land evaluation carried out in Sungai Asap, Belaga, Sarawak to investigate the effectiveness of geographic information system (GIS), global positioning system (GPS) and remote sensing (RS) in evaluating whether a land is suitable for oil palm cultivation. Results of the study indicated that only 61.8% of the study area was suitable to be cultivated with oil palm. The rest of the area was unsuitable because of steepness, accessibility and allocation for buffer zones. SPOT (Systẻme Pour d’Observation de la Terre 5) satellite data was able to provide preliminary information of landform, land use and infrastructures of the evaluated land. GPS and GIS employed in this project were able to precisely track and collect ground data. The technologies could predetermine length and density of roads and terraces, and the number of planting points. The information was manipulated to produce land assessment report and very useful for preparation of budgets and contracts for plantation development.

Penilaian tanah ialah satu proses menilai ciri ciri sebidang tanah bagi menentukan kesesuaian dan kebolehupayaan tanah tersebut untuk dibangunkan. Untuk penanaman sawit, penilaian tanah melibatkan proses merancang, membersihkan kawasan, membina jaringan jalan perhubungan dan perparitan, serta menanam sawit. Kajian ini telah dijalankan di Sungai Asap, Belaga, Sarawak, bagi mengkaji keberkesanan teknologi sistem maklumat geografi (GIS), sistem penentududukan global (GPS) dan penderiaan jauh (RS) bagi menilai sama ada sesuatu kawasan sesuai untuk penanaman sawit. Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya terdapat 61.8% daripada keseluruhan kawasan adalah sesuai ditanam sawit. Baki kawasan tersebut adalah tidak sesuai kerana terlalu curam, tidak boleh dimasuki dan terdiri daripada zon penampan. Data satelit SPOT telah digunakan kerana berupaya memberikan maklumat awal berkaitan bentuk muka bumi, penggunaan tanah dan infrastruktur yang terdapat di kawasan tersebut. Teknologi GPS dan GIS diaplikasikan bagi mengumpul maklumat yang tepat di lapangan. Ia digunakan untuk mengetahui panjang dan kepadatan jalan, teres dan jumlah lokasi penanaman sawit. Maklumat tersebut dimanipulasi untuk menghasilkan satu laporan penilaian kawasan dan amat berguna dalam penyediaan bajet dan kontrak untuk pembangunan perladangan.


Tags: , , , ,

Author information: