Homozygosity of Parental Palms Used in Single Seed Descent Programmes
Sri Wening*, Happyka Fillianti*, Joko H H Prasetyo*, Brian P Forster**, Stephen P C Nelson* and Peter D S Caligari ‡Recurrent cycles of inbreeding (self or sib crosses) have been commonly used in conventional breeding to produce highly homozygous lines in a range of crop species. Thirty-two Simple Sequence Repeat (SSR) markers were involved in assessing the homozygosity of 23 oil palm Single Seed Descent (SSD) programmes which involved 509 parents. From the complete genotype data, there were 21 dura parental palms which were assessed as more than 90% homozygous and only one tenera palm which was more than 90% homozygous using 32 markers. The tenera palm was from Ekona breeding material (restricted origin) and from a self cross. Genotypic identification allows the prediction of palms and/or progenies which could be used to produce uniform commercial planting material and exploit heterosis. The homozygosity estimates were from a sample of 29 SSR markers (out of the 32 SSR markers used in this study) and were positively correlated (R2= 0.85, p0.001) with the results from a sample of 107 SSR markers. This strongly suggests that the sample of 32 SSR markers used in this study would provide a reliable estimate of hmozygosity.
Kitaran penginbredan secara berulang (penyendirian atau kacukan sib) telah biasa digunakan dalam biak baka konvensional untuk menghasilkan barisan amat homozigus untuk pelbagai spesies tanaman. Tiga puluh dua penanda Ulangan Jujukan Ringkas (SSR) telah digunakan untuk menilai kehomozigusan bagi 23 program Penurunan Biji Benih Tunggal (SSD) sawit yang melibatkan 509 induk. Dari data genotip yang lengkap, sebanyak 21 induk sawit dura telah dikenal pasti mempunyai peratusan homozigusiti melebihi 90% manakala hanya sebatang pokok tenera mempunyai peratusan yang sama berdasar penggunaan 32 penanda. Pokok tenera tersebut adalah daripada bahan biak baka Ekona (populasi biak baka sumber terhad) dan daripada kacukan penyendirian. Pengenalpastian genotip membolehkan ramalan terhadap pokok sawit dan/atau progeni yang boleh diguna untuk menghasilkan bahan tanaman komersial yang seragam serta mengeksploitasikan heterosis. Anggaran kehomozigusan daripada sampel melibatkan 29 penanda SSR (daripada 32 penanda SSR yang digunakan dalam kajian ini) dan menunjukkan korelasi positif (R2= 0.85, p<,0.001) dengan keputusan daripada sampel yang melibatkan 107 penanda SSR. Keputusan ini mencadangkan bahawa sampel 32 penanda SSR yang digunakan dalam kajian ini berupaya memberikan anggaran yang boleh diterimapakai tentang homozigusan.
Tags: HOMOZYGOSITY, SINGLE SEED DESCENT, oil palm, SSR
Author information: