Oil Palm Bulletin No. 71 (November 2015) p8-13

Efficient Use of Inorganic and Organic Fertilisers for Oil Palm

Khalid Haron*, Zulkifli Hashim* and Norman Kamarudin*

Fertiliser application practices to increase oil palm productivity have been discussed extensively in many forums. This article investigates how to increase the efficiency of fertiliser use in oil palm plantations so as to contribute towards the saving of fertiliser inputs and to ensure maximum returns. Application of organic fertiliser alone was unable to produce high yield for oil palm due to low and inconsistent nutrient contents in organic fertiliser. The effects of integrating inorganic and organic fertilisers on soil quality and oil palm productivity are discussed. The soil quality was improved as shown by an increase in soil pH, which enhanced the availability of nutrients, thus increasing the efficiency of the fertilisers applied. This would result in a reduction in fertiliser inputs and contribute to an increase in oil palm productivity. The results of soil and foliar analyses in relation to yields of oil palm with different fertiliser treatments were also discussed. Integrating inorganic and organic fertilisers can increase the efficiency of nutrients uptake by the crops and enhance the retention of nutrients in the soil in the long-term to improve the soil quality. In addition, recycling of organic wastes from the palm oil mill, which can be turned into a high value-added product, will help the oil palm industry remain competitive and more sustainable. For example, utilisation of decanter cake and boiler ash from palm oil mill as alternative sources of nutrients, especially potassium, is a workable scheme to reduce the use of chemical fertilisers by the industry.

Amalan penggunaan baja untuk meningkatkan produktiviti sawit telah dibincangkan secara meluas dalam banyak forum. Kertas kajian ini mengkaji bagaimana untuk meningkatkan kecekapan penggunaan baja di ladang sawit supaya dapat menyumbang ke arah penjimatan input baja dan memastikan pulangan yang maksimum. Sawit tidak dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dengan penggunaan baja organik sahaja kerana kandungan nutrien yang rendah dan tidak konsisten. Kesan mengintegrasikan baja bukan organik dan organik ke atas kualiti tanah dan produktiviti sawit juga dibincangkan. Kualiti tanah menjadi lebih baik dengan peningkatan pH, di mana ia akan menambahkan ketersediaan nutrien, sekali gus meningkatkan kecekapan penggunaan baja. Ini menjadikan pengurangan input baja dan menyumbang kepada peningkatan produktiviti sawit. Keputusan analisis tanah dan foliar dengan rawatan baja yang berbeza serta kesan ke atas hasil sawit juga dibincangkan. Mengintegrasikan baja bukan organik dan organik boleh meningkatkan kecekapan pengambilan nutrien oleh tanaman dan juga meningkatkan pengekalan nutrien dalam tanah untuk jangka masa panjang, dan seterusnya memperbaiki kualiti tanah. Di samping itu, kitar semula sisa organik daripada kilang minyak sawit boleh dijadikan produk tambah nilai yang tinggi. Ini akan membantu industri sawit mengekalkan daya saing dan lebih mapan. Sebagai contoh, penggunaan kek dekanter dan abu dandang daripada kilang minyak sawit digunakan sebagai alternatif sumber nutrien, terutama kalium, adalah satu cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan penggunaan baja kimia dalam industri sawit.


Tags: , , ,

Author information: