Oil Palm Bulletin No. 52 (May 2006) p48-58

Effects of empty fruit bunch application in oil palm on a bris soil

HAMDAN Abu Bakar , MOHD TAYEB Dolmat , AHMAD TARMIZI Mohamed

The Malaysian Palm Oil Board (MPOB) studied the effects of applying oil palm empty fruit bunches (EFB) to oil palm planted on bris soil. Several combinations of EFB with inorganic fertilizers were also tested. The results showed that with proper management, bris soil with no water limitation has the potential to be developed for oil palm cultivation. EFB, as a source of nutrient, had no significant effect on oil palm growth during the immature and mature stages. The control using straight fertilizers produced the highest mean fresh fruit bunch (FFB) yield over the first six years of harvesting (23.4 t ha-1yr-1) although this was not statistically different from all the other treatments. EFB mulching, even without any supplemently inorganic fertilizers, sufficed to give a good FFB yield (22.7 t ha-1 yr-1). This performance was supported by the foliar analysis results which showed satisfactory nutrient levels. Application of too much inorganic fertilizer on bris soil did not elicit any positive response to yield and palm growth.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah mengkaji kesan penggunaan tandan kosong sawit (TKS) terhadap prestasi tanaman sawit di tanah bris. Penggunaan beberapa gabungan TKS dengan baja bukan organik juga diuji. Hasil kajian menunjukkan bahawa kawasan tanah bris yang tidak menghadapi masalah kekurangan air dan diselenggara dengan baik berpotensi dimajukan untuk penanaman sawit yang produktif. Kajian juga menunjukkan penggunaan TKS tidak memberi kesan yang ketara terhadap pertumbuhan pokok sama ada pada peringkat sawit muda atau matang. Bagi tempoh penghasilan enam tahun pertama, tiada perbezaan yang ketara untuk semua uji kaji ke atas hasil buah tandan segar (BTS), walaupun gabungan baja tunggal telah menunjukkan purata BTS yang tertinggi (23.4 t ha-1 thn-1). Hasil kajian juga menunjukkan penggunaan TKS tanpa tambahan baja bukan organik di tanah bris mampu menghasilkan pengeluaran BTS yang setanding (22.7 t ha-1 thn-1) berbanding penggunaan atau tambahan baja bukan organik. Analisis daun dari semua uji kaji menyokong keputusan yang menunjukkan nutrien berada di tahap yang memuaskan. Penggunaan baja bukan organik pada kadar yang terlalu tinggi didapati tidak memberi kesan yang manfaat dalam penghasilan atau pertumbuhan sawit.


Tags: , , , ,

Author information: