Development of peat soil for oil palm planting in Malaysia – Johor Barat Agricultural Project as a case study
MOHD TAYEB Haji DolmatKekurangan kawasan tanah yang sesuai di masakini telah menyebabkan penanam-penanam terpaksa menggunakan tanah yang kurang sesuai (seperti tanah gambut) bagi penanaman kelapa sawit. Terdapat lebih kurang 810,000 ha tanah gambut di Semenanjung Malaysia, 90,000 ha di Sabah dan 1.5 juta ha di Sarawak. Di kawasan projek pembangunan Pertanian Johor Barat terdapat kira-kira 70,000 ha tanah gambut yang kebanyakannya untuk tanaman kelapa sawit dan tanaman-tanaman lain yang sesuai oleh pekebun-pekebun kecil tempatan. Tanah gambut mempunyai sifat fizikal, sifat kimia dan pengaliran air yang tidak baik. Masalah kesuburan tanah adalah rumit. Usaha-usaha oleh sektor perusahaan telah mengurangkan masalah praktikal dalam memajukan tanah gambut bagi penanaman kelapa sawit. Kertas kerja ini meneliti semula hasil-hasil penyelidikan ke atas tanah gambut di negara ini, membincangkan beberapa pengalaman praktikal pihak perusahaan dalam penanaman di atas tanah gambut dan mencadangkan beberapa strategi penyelidikan yang dirasakan penting bagi menghurai dan memahami akan masalah-masalah dan batasan-batasan tanah gambut untuk menjadikannya lebih baik bagi kegunaan pertanian terutama untuk penanaman kelapa sawit di negara ini.
Tags: PEAT SOILS, SOILS, USES, AGRICULTURAL DEVELOPMENT, PLANTING, MALAYSIA, CHARACTERISTICS, YIELDS, oil palm, FFB
Author information: