Consumptive Water Use Assessment and Life Cycle Assessment-based Water Footprint for Palm Oil
Vijaya Subramaniam*, Zulkifli Hashim*, Soh Kheang Loh* and Astimar Abdul Aziz*Water scarcity and climate change are serious issues facing our planet. This study evaluates the impacts caused by water consumption of oil palm, from seedling until the production of crude palm oil, based on a full tlife cycle assessment. The consumptive water use evaluation for direct water was based on the local water stress index (WSI). The system boundary included the oil palm nursery, plantation (with land use change from oil palm to oil palm, and from logged-over forest to oil palm) and palm oil mill (in a biogas capture scenario). The findings show that direct water used by the palms and for processes is low. This is valid as most oil palm plantations are not irrigated but rather rain-fed, coupled with Malaysia’s climate that is characterised by high rainfall, leading to a very low WSI for the country. The main potential impacts within the system boundary are dominated by land conversion, production and use of fertilisers and pesticides. These findings contradict the general perception of any agriculture system, i.e. the notion assuming that water used during crop cultivation will have a major potential impact. It is recommended that oil palm plantations implement Good Agricultural Practices that help address the key elements of land and water management, as well as fertiliser and integrated pest management to obtain a favourable water footprint.
Kekurangan air dan perubahan iklim merupakan isu serius yang dihadapi oleh planet kita. Kajian ini mengkaji impak yang disebabkan oleh penggunaan air oleh pokok sawit, daripada peringkat anak benih sehingga pengeluaran minyak sawit mentah, berasaskan penilaian kitar hayat lengkap. Kajian penggunaan air secara langsung adalah berdasarkan indeks tekanan air tempatan (WSI). Sempadan kajian termasuk tapak semaian sawit, perladangan (dengan perubahan penggunaan tanah daripada sawit kepada sawit, dan daripada pembalakan hutan kepada sawit) dan kilang minyak sawit (dengan senario penangkapan biogas). Hasil kajian menunjukkan penggunan air yang digunakan secara lansung oleh pokok dan pemprosesan adalah rendah. Ini disebabkan kebanyakan ladang sawit tidak menggunakan sistem pengairan sebaliknya ladang hanya bergantung kepada air hujan, kerana cuaca Malaysia dicirikan dengan taburan hujan yang tinggi dan menghasilkan WSI yang sangat rendah untuk negara ini. Impak utama dalam sempadan kajian dipengaruhi oleh penukaran tanah, pengeluaran dan penggunaan baja dan racun perosak. Penemuan ini bercanggah dengan persepsi umum tentang sistem pertanian yang mempunyai tanggapan bahawa air yang digunakan untuk penanaman tanaman memberi impak besar. Adalah disyorkan ladang sawit patut melaksanakan amalan pertanian baik bagi membantu menangani unsur-unsur utama pengurusan tanah dan air selain pengurusan baja dan pengurusan serangga bersepadu, untuk mendapatkan kadar penggunaan air yang berpatutan.
Tags: oil palm seedlings, life cycle assessment, crude palm oil, FFB, water footprint
Author information: