Oil Palm Bulletin No. 63 (November 2011) p11-23

Characterisation of oil palm trunks and their holocellulose fibres for the manufacture of industrial commodities

KAMARUDIN Hasan * , JAMALUDIN Kasim + , ANIS Mokhtar * , ASTIMAR Abdul Aziz *

A total of 12 felled oil palm trunks (OPT) of tenera variety were obtained from the Sungei Kahang Estate owned by Sayong Plantation Sendirian Berhad, located between latitudes N2° 12’ 24” to N2° 12’ 55” and longitudes E103° 30’ 59”to E103° 31’ 05”. The physical and mechanical properties of OPT and their respective single holocellulose fibres, each taken at different bole heights were analysed by using various analytical techniques. Based on the results, variations in relation to the distance between the bole position gave variation in the moisture content, basic density and flexural strength distributions. As for single holocellulose fibres, the distance between a bole length gave variation in fibre dimension, shape and mechanical properties. These results collectively should provide some insight to the understanding of the mechanism of seasoning deformation (such as twisting, honey-combing, surface checks and collapse), which when combined with corresponding changes in fibre structure may point the way forward to a satisfactory conversion and efficient utilisation of OPT for various enduses.

Sebanyak 12 batang sawit jenis tenera telah diperoleh dari Estet Sungei Kahang kepunyaan Syarikat Sayong Plantation Sendirian Berhad, yang terletak di antara latitud N2° 12’ 24” ke N2° 12’ 55” dan longitud E103° 30’ 59” ke E103° 31’ 05”.Ciri-ciri kekuatan batang sawit dan serat holoselulosa mengikut paras perbezaan pada ketinggian pokok telah dianalisis dengan menggunakan pelbagai teknik analitikal. Berdasarkan hasil kajian, pola pertaburan bagi kandungan lembapan, kadar ketumpatan asas dan kekuatan fleksural bagi batang sawit adalah berbeza di antara satu dengan yang lain mengikut kedudukan sampel yang diperoleh. Bagi holoselulosa pula, serat tersebut mempunyai bentuk dimensi, ukuran dan kekuatan mekanik yang berbeza mengikut paras ketinggian pokok. Secara kolektif, hasil kajian ini boleh digunakan sebagai panduan mengenai mekanisme kecacatan bahan semasa proses pengeringan (seperti terpiuh, rekahan sarang lebah, rekah permukaan dan pengecutan yang tidak selaras). Faktor ini apabila dihubungkaitkan dengan perubahan pada struktur serat holoselulosa dapat mempertingkatkan penggunaan batang sawit dalam pelbagai produk nilai bertambah secara berkesan.


Tags: , , , , ,

Author information: