Oil Palm Bulletin No. 28 (May 1994) p1 - 12

Estimating ground CO2 flux and its components in a stand of oil palm

HENSON, I E

Gabungan kaedah pengukuran dan ‘modelling’ telah digunakan untuk menganggarkan sumbangan tanah dan timbunan pelepah sawit yang reput terhadap fluks karbon dioksida (CO2) pada paras tanah di kawasan tanaman sawit. Maklumat ini diperlukan untuk merumuskan jumlah keperluan karbon untuh sistem berkenaan. Penafasan tanah secara keseluruhan (iaitu penafasan mikrobial dan akar) telah diukur menggunakan perangkap CO2 dan kaedah analisis gas terus. Ianya berkurangan apabila jarak dari pokok sawit meningkat dan parasnya sangat tinggi di bawah timbunan pelepah berbanding dengan kawasan yang terbuka. Penafasan mikrobial tanah diperolehi dengan cara menolak penafasan akar, penafasan akar pula di kira dari pengukuran biomas akar, tambah bersih akar dan koefisien di antara penyelengaraan dan penafasan pertumbuhan. Pelepasan CO2 dari timbunan pelepah dikira menggunakan model dinamik. Fluks CO2 di permukaan tanah didapati menyumbang kepada asilimilasi pokok sawit pada waktu siang sebanyak 15%.


Tags: , , , , , , ,

Author information: