Oil Palm Bulletin No. 61 (November 2010) p11-32

Alternative oil palm fertilizer sources and management

TEO Leng , MUHAMMAD SHUKRI, Y , ONG, K.P. , ZAINURAH, A.

The euphoric sentiment of the oil palm industry in 2007 till first half of 2008, generated by the historic high prices of crude palm oil (CPO) as influenced by the price escalation of fossil fuel and biofuel, has very quickly vaporized and been replaced by an awakening call for prudence. Inorganic fertilizer prices soared concurrently to historic high levels as well. Notwithstanding the problem of uncertainty that led to non-timely supply and delivery, the cost of fertilizer inputs in oil palm plantations has doubled to 50%-60% of the cost of fresh fruit bunch (FFB) production. Profitability of the oil palm plantation business is consequently squeezed as the business remains as a price taker for its produce and the purchase of inorganic fertilizers. The Malaysian oil palm industry’s dependence on inorganic fertilizer imports can only be partially mitigated by the use of organic fertilizers produced within the country. Recycling of solid and liquid wastes from palm oil mills is the logical alternative, and accepted as a standard good agricultural practice in the industry. There are, however, some obvious limitations in their utilization which must not be overlooked, particularly when the industry is moving toward sustainable development. The industry in Malaysia is poised to adopt awholesome green technology approach with several options that can achieve multiple objectives. Cocomposting of empty fruit bunches (EFB) and palm oil mill effluent (POME) has the highest attractiveness while at the same time the compost / organic fertilizer produced can be applied over a much bigger area, especially in those areas of poorer growing conditions, that can benefit significantly in growth/yield as compared to what may be expected from the current EFB mulching and irrigation with treated POME. Concurrently, biogas capture with and without generation of renewable energy enhances CO2 emission reduction above the criterion of 35% as set by the EU Commission on Renewable Energy. Thus, palm oil will qualify as a feedstock for biofuel in the European market. The continuation of the clean development mechanism (CDM) beyond 2012 with the carbon credit incentive is critical for more ready adoption by the industry members. Composting systems and usage of compost for substitution of inorganic fertilizer, and the impact of compost on yield enhancement are described in the article. The 4 Rs approach to fertilizer management is also discussed in relation to compost usage. The oil palm industry is strongly urged to adopt the good agricultural practice of establishing leguminous cover crops for N fixation without fail in all new plantings/replantings. The choice of Mucuna bracteata over other conventional leguminous cover crops is strongly emphasized for reasons discussed. The potential usage of biochar, derivable from the oil palm biomass, is also highlighted as an area of research that can lead to its future exploitation for soil fertility improvement and long-term sequestration of CO2 in the soil.

Sentimen euforia industri sawit yang timbul pada tahun 2007 sehingga separuh pertama 2008, kerana peningkatan harga minyak sawit mentah (CPO) yang tertinggi dalam sejarah dan juga dipengaruhioleh peningkatan harga bahan api fosil serta bio bahan api, lenyap dengan pantas dan diganti pula dengan kesedaran untuk berhati-hati. Harga baja bukan organik (kimia/mineral) melambung naik ke paras yang tertinggi dalam sejarah. Di samping itu, masalah ketidakpastian pembekalan dan penghantaran baja yang tidak tepat pada waktunya telah menyebabkan kos input baja di ladang sawit meningkat ke 50%-60% dari kos penghasilan tandan buah segar (FFB). Keuntungan dalam perniagaan perladangan sawit akibatnya menguncup lanjutan dari kekangan kawalan kos pengeluaran hasil dan pembelian baja kimia/mineral. Kebergantungan industri sawit Malaysia pada baja kimia/mineral yang diimport hanya boleh dikurangkan sebahagiannya melalui penggunaan baja organik yang dihasilkan di dalam negara. Kitaran semula sisa-sisa cecair dan pejal dari kilangkilang minyak sawit merupakan alternatif yang munasabah dan diterima sebagai satu amalan pertanian piawai dalam industri. Walau bagaimanapun, terdapat kekangan yang jelas dalam penggunaannya, dan perlu diberi perhatian memandangkan industry sawit perlu bergerak untuk mencapai pembangunan mampan. Industri sawit menghampiri kepada penggunaan kaedah teknologi hijau yang sihat dengan pelbagai pilihan untuk mencapai berbilang objektif. Tandan kosong buah (EFB) yang dikomposkan bersama efluen kilang minyak sawit (POME) merupakan pilihan utama. Kompos yang dihasilkan boleh digunakan untuk keluasan yang lebih besar, terutamanya dalam keadaan persekitaran pertumbuhan yang tidak subur di mana ia boleh memberi faedah dengan ketara dalam pertumbuhan/hasil berbanding dengan kaedah sungkupan EFB dan pengairan dengan POME yang dirawat. Dalam masa yang sama, pengumpulan biogas untuk atau tanpa penjanaan tenaga yang boleh dibaharui boleh mendorong penurunan pelepasan CO2 sebanyak 35% sepertimana yang telah ditetapkan olehSuruhanjaya Kesatuan Eropah ke atas sumber tenaga boleh dibaharui. Oleh itu, minyak sawit layak sebagai bahan bekalan bio bahan api di pasaran Eropah. Perlanjutan mekanisme pembangunan bersih (CDM) selepas 2012 bersama insentif kredit karbon adalah kritikal bagi kegunaan industri. Sistem pengkomposan dan penggunaan kompos untuk menggantikan baja kimia dan kesannya ke atas pertambahan hasil dihuraikan dalam artikel ini. Pendekatan 4R merujuk kepada pengurusan baja dan berkaitan dengan penggunaan kompos turut dibincangkan. Industri sawit disarankan agar menggunakan amalan pertanian yang baik dalam penanaman kekacang tutup bumi untuk mengikat N dan menyuburkan tanah di semua kawasan tanaman baru/penanaman semula sawit. Pemilihan Mucuna bracteata sebagai tanaman kekacang tutup bumi berbanding dengan tanaman kekacang konvensional yang lain dijelaskan dengan terperinci. Potensi penggunaan bio-char yang boleh didapati dari biojisim sawit juga ditekankan sebagai satu bidang penyelidikan yang boleh membawa pembaikan kesuburan tanah pada masa hadapan dan pensekuesteran CO2 di dalam tanah untuk jangkamasa panjang.

Tags: , , , ,

Author information: