Oil Palm Bulletin No. 73 (November 2016) p6-9

Reduced Fertiliser Rounds Trial: Comparison between Compound and Mixture Fertilisers in High Rainfall Environment

Lee Teck Fah*, Alexander Aban**, Phor Kok Beng± and Haniff Salleh**

The choice of fertiliser recommended and applied in the oil palm estates has significant impact on the production of fresh fruit bunches (FFB). While it has been established that more application rounds at lower dosages is more efficient for nutrient uptake for the oil palms, it is not practical on the ground for the planters to be recommended with 7 to 8 rounds of fertiliser application annually. In most parts of Sabah where annual rainfall averages between 3500 mm to 4000 mm, it is even more challenging for estates to have high number of application rounds due to the shorter window (about 8 months) for fertiliser application and labour shortage constraints. Hence, incomplete fertiliser application can be detrimental to the oil palm yields in the long term. In this trial, Genting Plantations Berhad (GENP) evaluated a compound fertiliser regime at 4 application rounds against two mixture fertiliser regimes at 5 and 6 application rounds respectively. The trial started in 2011 and was conducted on 1998 planting with undulating to rolling terrain. Fertiliser applied at the trial site is based on best oil palm management practices and is fully supervised by the estate and research team. In terms of FFB yield, there is no significant difference between the compound fertiliser treatment and best performing mixture treatment (6 rounds application) after 48 months. No significant difference was also observed in the leaf nutrient levels between the compound and mixture fertiliser treatments. Comparison between the two mixture fertiliser treatments which were applied at 5 and 6 rounds respectively reaffirms previous research findings that the increase in frequency of application improves the fertiliser uptake efficiency as FFB yield for the mixture fertiliser treatment with 6 rounds application was 8% higher than the mixture fertilizer treatment with 5 rounds application. Between these two treatments, average bunch weight (ABW) was higher by 6% and average bunch number was higher by 2%. Application of compound fertilizers at a reduced fertiliser rounds regime can produce similar FFB yields to mixture fertiliser regimes. The usage of compound fertilisers can address the issue of incomplete fertiliser application in areas of high rainfall which usually has less good months for fertiliser application.

Pilihan baja yang betul dan diaplikasi mengikut pengesyoran di ladang sawit mempunyai kesan yang signifikan ke atas hasil buah tandan segar (BTS). Walaupun telah diketahui bahawa lebih kerap pusingan pembajaan dengan dos yang lebih rendah membolehkan pokok sawit mengambil nutrien dengan lebih cekap, tetapi ianya tidak praktikal kepada pekebun untuk melakukan 7-8 pusingan pembajaan setiap tahun. Purata hujan tahunan antara 3500 mm hingga 4000 mm di kebanyakan tempat di Sabah, adalah cabaran bagi ladang-ladang untuk mempunyai bilangan pusingan pembajaan yang tinggi kerana kekangan masa aplikasi yang lebih pendek (kira-kira 8 bulan) dan juga kekurangan tenaga kerja. Oleh itu, aplikasi baja yang tidak lengkap boleh menjejaskan hasil sawit dalam jangka masa panjang. Dalam kajian ini, Genting Plantations Berhad (GENP) menilai rejim baja sebatian pada 4 pusingan pembajaan terhadap dua rejim baja campuran masing-masing pada 5 dan 6 pusingan pembajaan. Kajian bermula pada tahun 2011 dan telah dijalankan keatas pokok yang ditanam pada tahun 1998 di kawasan mukabumi tidak rata dan beralun. Pembajaan yang dilakukan berdasarkan kepada amalan pengurusan sawit terbaik dan diselia sepenuhnya oleh ladang tersebut dan sekumpulan penyelidik. Selepas 48 bulan, tiada perbezaan signifikan pada hasil BTS di antara rawatan baja sebatian dan baja campuran (6 pusingan pembajaan). Tiada perbezaan yang signifikan juga diperhatikan pada kandungan nutrien daun antara pokok yang dirawat dengan rawatan baja sebatian dan campuran. Perbandingan antara kedua-dua rawatan baja campuran yang telah digunakan masing-masing pada 5 dan 6 pusingan pembajaan menyokong penemuan penyelidikan sebelum ini bahawa aplikasi baja yang lebih kerap akan meningkatkan kecekapan pengambilan baja dan akan meningkatkan hasil BTS. Rawatan baja campuran dengan 6 pusingan pembajaan memperolehi hasil TBS 8% lebih tinggi daripada rawatan 5 pusingan pembajaan. Manakala, berat dan bilangan tandan adalah masing-masing 6% dan 2% lebih tinggi. Penggunaan baja sebatian dengan rejim pusingan pembajaan yang dikurangkan boleh memberikan hasil BTS yang sama dengan rejim baja campuran. Dengan itu penggunaan baja sebatian boleh menangani isu aplikasi baja yang tidak lengkap di kawasan yang menerima hujan yang tinggi yang biasanya mempunyai masa yang terhad untuk pembajaan.


Tags: , , , , ,

Author information: