Oil Palm Bulletin No. 73 (November 2016) p10-12

Identification of Etiolated Palms for Thinning via IFSAR

Hardi Hadiali*, Siti Nuruljannah A Majid**, Ganesan Nallan* and Lee Teck Fah±

Remote Sensing (RS) technology has come a long way in assisting the oil palm plantations to increase productivity while simplifying tedious and laborious field work. Utilising the highly accurate RS data like Interferometric Synthetic Aperture Radar (IFSAR) is one of those ways. In this paper, the IFSAR data is used to assist in the identification of etiolated areas on desktop computer level before proceeding to the field for verification. Identification of etiolated palms for thinning is tedious and can be inaccurate if the personnel assigned to the task are not experienced enough. The complexity of selecting the etiolated palms to be thinned is further compounded if the area of interest is on a hilly terrain. Selection and thinning of etiolated palms on hilly terrain is not bounded by any system compared to the hexagonal “1 in 7 ’’ method which is generally adopted in oil palms planted on flat terrain. The IFSAR image enables the GIS team to identify areas where palms are closely planted via the desktop. A single GIS operator can cover up to 200 to 250 hectares per day for this task. This information is then translated in map formats into mobile GPS devices such as the Android Androzic application on smartphones or tablets. With this information, the operation team can zoom into the close planting areas where etiolation will most likely happen. By utilising this extra information, the team can save time and does not have to cover an entire block to identify the etiolated areas. On the ground, the team can then verify and mark out the etiolated palms for thinning. Based on experience, the verification on the ground is crucial as only up to 20% of the palms selected are suitable for thinning. The utilisation of such technology is helpful as it improves productivity and accuracy of the palms selected for thinning.

Teknologi Penderiaan Jauh (PJ) telah lama digunakan bagi membantu ladang-ladang sawit untuk meningkatkan produktiviti dan juga memudahkan kerja lapangan yang agak rumit dan payah. Salah satu cara adalah dengan menggunakan data PJ yang jitu seperti Interferometric Synthetic Aperture Radar (IFSAR). Dalam artikel ini, data IFSAR telah digunakan untuk membantu dalam mengenalpasti kawasan sawit beretiolasi dengan menggunakan komputer sebelum membuat pengesahan di lapangan. Pengenalpastian pokok sawit etiolasi untuk penjarangan adalah agak rumit dan boleh menjadi tidak tepat jika pegawai yang ditugaskan tidak berpengalaman. Tugas ini menjadi lebih rumit di kawasan berbukit. Pemilihan dan penjarangan pokok sawit etiolasi di kawasan berbukit tidak terikat dengan mana-mana sistem, berbanding dengan kaedah heksagon “1 dalam 7‘’ yang biasanya diterima pakai di kawasan yang rata. Imej IFSAR membolehkan pasukan GIS untuk mengenalpasti kawasan di mana pokok sawit yang ditanam rapat melalui komputer. Seorang pengendali GIS boleh menjalankan tugas ini meliputi sehingga 200 hingga 250 hektar sehari. Maklumat ini kemudian diterjemahkan dalam format peta ke dalam peranti GPS mudah alih seperti aplikasi Android Androzic pada telefon pintar atau tablet. Dengan maklumat ini juga, pasukan operasi boleh memberi tumpuan kepada kawasan penanaman rapat di mana kemungkinan besar akan berlaku etiolasi. Maklumat tambahan ini membolehkan petugas menjimatkan masa kerana tidak perlu meneliti keseluruhan blok untuk mengenalpasti kawasan sawit beretiolasi. Mereka kemudiannya boleh mengesahkan dan menandakan pokok sawit etiolasi di lapangan untuk penjarangan. Berdasarkan pengalaman, pengesahan di lapangan adalah penting kerana hanya 20% sahaja daripada pokok sawit yang dipilih adalah sesuai untuk penjarangan. Penggunaan teknologi ini dapat membantu untuk meningkatkan produktiviti dan pemilihan tepat pokok sawit untuk penjarangan.


Tags: , , , , , ,

Author information: