Anaerobic digestion of palm oil mill effluent

Penghadaman secara penapaian tanpa oksijan adalah satu cara yang sangat luas digunakan uutuk memproses effluen kilang minyak kelapa sawit di Malaysia. Kejayaan operasi penghadaman secara penapaian tanpa oksijan adalah bergantung kepada kefahaman proses teknologi. Rencana ini membincangkan secara ringkas asas-asas alat penghadaman, faktor-faktor yang mempengaruhi penghadaman dan perkara-perkara yang mengawal alat penghadaman itu.

Estimating Furnace Combustion Temperatures and Heat Losses in Boiler Flues

Industri pengilangan minyak sawit menggunakan bahanapi pepejal dan sisa sawit untuk memanaskan ‘dandang’, bagi penjanaan kuasa ‘terma’ dan ‘motive’. Artikel ini menggariskan satu cara bagi menganggar suhu pembakaran dan kehilangan haba dalam gas ‘flue’ dari ‘dandang’ kilang minyak sawit dibawah keadaan beberapa jenis bahanapi. Kesan-kesan penggunaan kadar angin berlebihan yang berbeza juga diterangkan.

Guidelines on land application of palm oil mill effluent (POME)

Di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, efluen kilang minyak sawit (POME) perlu diolah sebelum dilupuskan ke sungai. Pengolahan dan penyaluran ke dalam sungai adalah satu amalan yang merugikan. Ini adalah kerana POME mengandungi bahan organik dan boleh dijadikan baja. Berdasarkan kepada kajian dan pengalaman, POME boleh dijadikan baja dan ini akan mengurangkan kos mengimport […]