Estimating Furnace Combustion Temperatures and Heat Losses in Boiler Flues

Industri pengilangan minyak sawit menggunakan bahanapi pepejal dan sisa sawit untuk memanaskan ‘dandang’, bagi penjanaan kuasa ‘terma’ dan ‘motive’. Artikel ini menggariskan satu cara bagi menganggar suhu pembakaran dan kehilangan haba dalam gas ‘flue’ dari ‘dandang’ kilang minyak sawit dibawah keadaan beberapa jenis bahanapi. Kesan-kesan penggunaan kadar angin berlebihan yang berbeza juga diterangkan.

The current status of automation of the sterilization process in Malaysian Palm Oil Mills

Ciri-ciri automasi yang diperlukan untuk proses pensterilan dan kebaikan-kebaikan yang didapati melalui automasi serta berbagai jenis sistem kawalan dikaji dengan membincangkan dengan teliti mengenai kebaikan dan keburukan terhadap setiap sistem kawalan. Kelengkapan yang boleh disediakan oleh semua sistem-sistem kawalan dipanggil kelengkapan asas. Sistem-sistem asas mikroprosessor secara am boleh menyediakan banyak kelengkapan tambahan jika dibandingkan dengan […]

Treatment of High Strength Wastewater from Palm Oil Based Oleocemical Industries – Preminilary Observation

Sebuah alat penapis anaerobik sesekat mendatar (PASM) saiz makmal telah dipasang untuk mengkaji takat rawatan air buangan daripada kilang oleokimia yang berasaskan minyak sawit. PASM ini dijangka digunakan untuk proses rawatan awal. Dua ujian yang menggunakan masa penahanan hidraulik (MPH) 20 dan 15 hari telah dilakukan menggunakan PASM ini. Adalah didapati bahawa kecekapan pembuangan Permintaan […]

Applications of laser techniques in oils and analysis

Kertas ini menghuraikan penggunaan teknik laser bagi tujuan menganalisis minyak dan lemak. Rangkai-kata ‘teknik laser’ didalam kertas ini bermaksud teknik-teknik dimana laser digunakan sebagai sumber irradiasi bagi mengkaji pendar fluor, serapan, reaksi fotokimia, sebaran cahaya, dan penderia jarak-jauh kimia. Potensi penggunaan teknik laser sangat luas dan amat bermanfaat.