Anaerobic digestion of palm oil mill effluent

Penghadaman secara penapaian tanpa oksijan adalah satu cara yang sangat luas digunakan uutuk memproses effluen kilang minyak kelapa sawit di Malaysia. Kejayaan operasi penghadaman secara penapaian tanpa oksijan adalah bergantung kepada kefahaman proses teknologi. Rencana ini membincangkan secara ringkas asas-asas alat penghadaman, faktor-faktor yang mempengaruhi penghadaman dan perkara-perkara yang mengawal alat penghadaman itu.

Treatment of High Strength Wastewater from Palm Oil Based Oleocemical Industries – Preminilary Observation

Sebuah alat penapis anaerobik sesekat mendatar (PASM) saiz makmal telah dipasang untuk mengkaji takat rawatan air buangan daripada kilang oleokimia yang berasaskan minyak sawit. PASM ini dijangka digunakan untuk proses rawatan awal. Dua ujian yang menggunakan masa penahanan hidraulik (MPH) 20 dan 15 hari telah dilakukan menggunakan PASM ini. Adalah didapati bahawa kecekapan pembuangan Permintaan […]