Design and evaluation of a Crane Fitted to a Mini-Tractor for Mechanical Loading of Palm Fresh Fruit Bunches

Kerja-kerja yang melibatkan mereka bentuk dan membina sebuah kren yang dipasang pada mini-traktor untuk mengangkat tandan buah sawit diterangkan. Kren ini yang boleh memusing 160 darjah boleh mengangkat tandan di kedua-dua belah traktor. Kren ini diujinilai serentak dengan sebuah lagi mini-traktor yang menggunakan tenaga manusia untuk mengangkat tandan. Keputusan ujian dalam ladang menunjukkan keluaran sehari […]

Customs Classification of Palm Fatty Acids

‘Kadar pecahan’ (Cocks dan Van Redes, 1973) boleh digunakan sebagai kaedah ringkas untuk membezakan di antara hasil terpecah asid lemak sawit yang didapati daripada industri oleokimia dan hasil suling asid lemak sawit/hasil sampingan minyak asid sawit yang didapati daripada industri penapisan minyak sawit, untuk tujuan pengklasan kastam.

Applications of GLC in the Analysis of Oils and Fats

Salah satu alat yang digunakan untukmencirikan minyak dan lemak ialah kromotograf gas. Makalah ini menghuraikan beberapa analisis minyak dan lemak yang melibatkan penggunaan kromotograf gas cecair.Keadaan operasi dan kromotograf yang terdapat untuk analisis yang sering dijalankan seperti komposisi asid lemak, trigliserida dan gliserida separa dalam minyak sawit dan minyak isirong sawit dijelaskan.

Some Note on Malaysian Palm Oil Production Forecast

Suatu model statistik yang menggabungkan sekaligus arah aliran, musim, taburan hujan dan hasil susulan, dapat memberikan gambaran yang agak tepat mengenai variasi jumlah penghasilan minyak sawit mentah (MSM) di Semenanjung Malaysia. Kajian ini dikemaskini untuk menjadi asas ramalan jangka pendek pengeluaran MSM Malaysia. Model ini meramalkan jumlah penghasilan MSM Malaysia pada 1991 ialah 6.33 juta […]