A physiological analysis for oil palm trials

Kaedah yang mudah bagi menganalisis hasil pada kajian kelapa sawit dari segi penggunaan dan penukaran tenaga suria, dan dari sekatan pengasimilasian dihuraikan. Analisis ini dibuat pada kira-kira 30 kajian baja bagi beberapa jenis tanah di Malaysia.Perubahan penggembelingan berperingkat tenaga suria hanya sedikit saja mempengaruhi penghasilan jumlah jirim kering. la sebaliknya banyak dipengaruhi oleh kecekapan penukaran […]

The effect of different methods of placement and frequency of application of fertilizer to oil palm on an inland soil in Peninsular Malaysia

Kajian yang membandingkan penggunaan baja bagi pokok kelapa sawit di tempat-tempat yang berlainan di sekitar pokok dan pada kekerapan yang berbeza telah dilakukan pada tanah darat di Malaysia. Bila pokok berumur 7-9 tahun, dan baja hanya dibubuh sekali saja dalam setahun, hasil yang terbanyak boleh didapati bila baja N dibubuh di bulatan kemasan rumpai dan […]

Biochemistry of the germinated oil palm seedling

Percambahan bijibenih kelapa sawit adalah penting kerana bilangan yang terlibat adalah besar (lebih kurang 10 juta biji setahun). Dalam artikel ini, kajian metabolisme bijibenih kelapa sawit selepas percambahan dihuraikan. Perubahan enzim-enzim terpilih yang terlibat dengan penggunaan bekalan lipid di dalam bijibenih diikuti sehingga enam minggu. Trigliserida lipase memang ada dalam bijibenih tetapi kedudukannya agak mengelirukan. […]

A brief note on vitamin E project at PORIM

Vitamin E boleh didapati dari PFAD dan daun kelapa sawit. Kedua-dua ini adalah hasil sampingan yang boleh didapati dengan banyak dari kilang penapis dan ladang kelapa sawit. Di samping menghasilkan pendapatan yang lebih, projek ini adalah salah satu projek yang mengeksploitasi penggunaan optimum bahan sampingan industri kelapa sawit Malaysia. Satu lagi faedah dari projek ini […]