Oil Palm Bulletin No.83 (November 2021) p15-22

Comparison of Single and Repeated Bacillus thuringiensis (Bt) Applications in Controlling Multi-stage Outbreaks of Pteroma pendula (Lepidoptera: Psychidae) in Perak

Noorhazwani Kamarudin1; Siti Nurulhidayah Ahmad1; Mohamed Mazmira Mohd Masri1; Nur Robaatul Adhawiyah Mohd Ali Napiah1 and Mohd Fahmi Keni1

Infestations of bagworm, Pteroma pendula (Lepidoptera: Psychidae), have severely affected local oil palm smallholders in Perak, Malaysia. Therefore, this study set out to assess the effect of single and multiple applications of Bacillus thuringiensis MPOB Bt1 (Bt), used as a bioinsecticide for controlling multi-stage P. pendula infestations at three severely infested (>100 larvae per frond) smallholdings (SH A, SH B and SH C) in Perak. Selected smallholdings with severe bagworm infestation were aerial-sprayed, with a single application on the first generation and with repeated rounds on the second generations of P. pendula, using the Bt product to compare their impact on reducing the bagworm population. The results show that the smallholdings treated with repeated aerial spraying showed the highest bagworm reduction of 93.9%-95.7% whereas a single treatment achieved bagworm reduction in the range of 63.9%-83.2%. These results prove that repeated treatments with proper census-taking and timing are crucial in combating multi-stage P. pendula infestations in the subsequent generation. The aerial spraying of Bt had no adverse effects on the natural enemies of bagworm. Establishing beneficial plants which harbour these natural enemies in the oil palm planted area is suggested to avoid recurring outbreaks and provide long-term control of the bagworm.

Serangan ulat bungkus, Pteroma pendula (Lepidoptera: Psychidae), telah membawa kesan yang teruk kepada pekebun kecil sawit persendirian di Perak, Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan semburan bioinsektisid berasaskan Bacillus thuringiensis MPOB Bt1 (Bt) secara tunggal dan berganda kali untuk mengawal serangan P. pendula pelbagai peringkat di tiga kawasan pekebun kecil yang serius (>100 larva per pelepah) (SH A, SH B dan SH C) di Perak. Di kawasan pekebun kecil terpilih yang mengalami serangan ulat bungkus yang serius semburan udara produk Bt dijalankan sebanyak satu pusingan pada generasi pertama dan semburan berulang kali pada generasi kedua P. pendula untuk membandingkan kesan terhadap pengurangan populasi ulat bungkus. Keputusan menunjukkan kawasan yang dirawat dengan semburan udara berulang dapat mengurangkan populasi ulat bungkus tertinggi sekali, iaitu 93.9%-95.7%, manakala rawatan semburan tunggal mencapai pengurangan populasi ulat bungkus dalam julat 63.9%-83.2%. Keputusan ini membuktikan bahawa rawatan berulang kali dengan menjalankan bancian dan pada masa yang tepat sangatlah penting untuk memerangi serangan P. pendula yang pelbagai peringkat pada generasi seterusnya. Semburan udara Bt tidak mempunyai kesan buruk terhadap musuh semula jadi ulat bungkus. Penanaman tanaman berfaedah untuk musuh semula jadi di kawasan penanaman sawit dicadangkan untuk mengelakkan serangan berulang dan sebagai kawalan jangka panjang bagi ulat bungkus.


Tags: , , ,

Author information:
1 Malaysian Palm Oil Board, 6 Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.
E-mail: hazwani.km@mpob.gov.my