Oil Palm Bulletin No. 10 (May 1985) p1 - 9

Volatilisation losses of nitrogen from urea applied to Malaysian soils 1.Effect of application rate and the admixture of other fertilisers

FOSTER, H L tan

Satu kaedah makmal yang mudah bagi menentukan angkujuk kehilangan peruwapan N dari urea yang dibubuh pada tanah telah dapat dicipta. Keputusan yang didapati dari tanah siri Bungor (orthoxic tropudult) menunjukkan bahawa peratus kehilangan peruwapan N adalah tetap sehingga kadar urea 25 g m-2, tetapi bertambah apabila kadarnya bertambah. Campuran kieserite atau triple superphosphate pada kadar yang lebih dari separuh kadar urea akan mengurangkan kehilangan peruwapan N, sementara batu kapur magnesium halus atau kapur pertanian bila dibubuh pada kadar yang sama seperti urea akan menambahkan kehilangan sedikit. Sulphate of ammonia akan menambah kehilangan peruwapan N hanya bila dibubuh dengan urea pada kadar yang tinggi. Christmas Island Rock Phosphate, muriate of potash and nitro-26 tidak memberi kesan yang nyata.


Tags: , , , , ,

Author information: