Use of Palm Oil Products and By-products in Aquaculture Feeds for Tilapia – A Review
Nor Hassifi Shuib* and Wan Nooraida Wan Mohamed**Fish oil has been widely used as one of the ingredients in the formulation of aquaculture feeds that provide source of energy and essential fatty acids. At present, the current global fish oil production has reached a maximum limit in supply and may not increase beyond current levels. As such, fish oil may be unable to meet the rapidly growing demands in aquafeed industry. Therefore, the aquafeed industry needs to find alternatives to fish oils. The expansion of oil palm cultivation in Malaysia and other tropical countries can offer a potential possibility and constant availability for fish oil replacement in aquafeeds. Large quantities of by-product from oil palm industry are generated during refining and milling activities and can also be utilised as alternatives feedstuffs in aquafeeds. The application of palm oil and its by-products for aquafeeds has generally shown encouraging results without negatively affecting growth performance, feed efficiency and reproductive performance of aquatic animal. As Malaysia is one of the biggest producers of palm oil, the use of palm oil-based products will offer a great opportunity and contribute to the development of cost-effective pelleted feeds for the aquaculture industry. Results obtained from studies conducted on the use of palm oil products and by-products in tilapia diets are reviewed.
Minyak ikan telah digunakan sebagai salah satu bahan dalam formulasi akuakultur yang membekalkan sumber tenaga dan asid lemak. Pada masa ini, pengeluaran minyak ikan global semasa telah mencapai had maksimum dan tidak akan meningkat melebihi paras semasa. Oleh itu, minyak ikan mungkin tidak dapat memenuhi permintaan akibat daripada pertumbuhan pesat dalam industri makanan akuatik. Oleh yang demikian, industri makanan akuatik perlu mencari alternatif untuk minyak ikan. Perkembangan penanaman sawit di Malaysia dan negara-negara tropika lain boleh menawarkan peluang yang berpotensi dan ketersediaan berterusan untuk penggantian minyak ikan dalam makanan akuatik. Selain itu, bahan sampingan daripada industri sawit yang dihasilkan dalam kuantiti yang besar semasa aktiviti penapisan dan pengilangan boleh digunakan sebagai bahan mentah alternatif dalam formulasi makanan akuatik. Secara amnya, penggunaan minyak sawit dan bahan sampingan industri sawit dalam makanan akuatik telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan dari segi prestasi pertumbuhan, kecekapan makanan dan prestasi pembiakan bagi haiwan akuatik tanpa sebarang kesan negatif. Memandangkan Malaysia merupakan salah satu pengeluar terbesar minyak sawit, penggunaan produk berasaskan minyak sawit akan menawarkan peluang yang baik yang menyumbang kepada pembangunan makanan palet dalam industri akuakultur dengan kos yang efektif. Keputusan yang diperoleh daripada kajian yang dijalankan mengenai penggunaan produk minyak sawit dan bahan sampingan sawit dalam diet tilapia akan dibincangkan.
Tags: palm oil, aquafeed, fish oil, tilapia
Author information: