Oil Palm Bulletin No. 5 (November 1982) p51 - 66

The need to increase fat consumption in developing countries

KALYANA Sundram

Penggunaan lemak di kebanyakan negara-negara membangun didapati tidak mencukupi. Negara-negara maju menghadapi masalah penggunaan lemak yang berlebihan sementara di negara-negara membangun keadaan adalah sebaliknya. Penggunaan dilihat dari dua sudut, pertama, meningkatkan paras penggunaan ke peratus 20 kalori dan kedua, mengatasi kekurangan kalori gantian lemak. Penggunaan lemak bergantung kepada pendapatan, bekalan dan berbagai tabiat sosial di kesemua dua belas negara yang dikaji. Untuk memenuhi perakuan penggunaan sekurang-sekurangnya peratus 20 kalori dalam makanan, yang ditetapkan oleh FAO, maka tambahan sebanyak 11.8 juta tan metrik minyak dan lemak diperlukan bagi negara-negara ini. Kekurangan kalori pula boleh diatasi dengan pertambahan sebanyak 4.1 juta tan metrik minyak dan lemak. Dalam kedua-dua keadaan, permintaan yang lebih untuk minyak makan dan lemak adalah nyata dan jika minyak sawit diandaikan dapat membekal hanya satu pertiga dari keperluan ini maka potensi sebanyak 2.7 juta tan metrik dalam keadaan pertama dan 1.4 juta tan metrik dalam keadaan kedua dapat dilihat.


Tags: , , , , , , , , ,

Author information: