Oil Palm Bulletin No. 36 (May 1998) p13-20

The effects of physical characteristics of aluminium pole on the harvesting productivity of tall palms

ABDUL RAZAK Jelani , ABDUL RAHIM Shuib , AHMAD Hitam

Empat model galah aluminium, setiap satunya sepanjang 15 meter, telah diuji bagi menilai kesan ciri-ciri fizikal galah ke atas produktiuiti bagi penuaian pokok tinggi (&gt, 12m). Ciri-ciri fizikal ini terdiri dari dimensi galah (diameter dan ketebalan), bentuk dan panjang galah. Kesan ciri-ciri fizikal ini ke atas berat galah, lenturan, daya mengangkat dan momen telah diperhatikan. Ujian fizikal dijalankan di PORIM, manakala ujian ladang telah dijalankan di sebuah estet dekat Teluk Intan. Kajian yang dijalankan menunjukkan ciri-ciri fizikal galah memberi kesan yang nyata ke atas produktiviti penuaian, di mana galah yang mempunyai lenturan dan momen yang rendah didapati berupaya menuai lebih banyak buah tandan segar (BTS) berbanding galah yang mempunyai lenturan dan momen yang tinggi.


Tags: , , , ,

Author information: