Oil Palm Bulletin No. 38 (May 1999) p20-28

The effect of design parameters on force and energy requirements for cutting oil palm frond

ABDUL RAZAK Jelani , DESA Ahmad , AHMAD Hitam

Satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan rekabentuk pisau pemotong, sudut potongan dan tahap kematangan pelepah ke atas daya memotong (FOCSA) dan juga tenaga memotong (ENCSA) yang diperlukan untuk memotong pelepah sawit. Dua rekabentuk pisau telah diuji, (i) pemotong berbentuk sabit, dan (ii) pemotong berbentuk gunting. Sudut potongan dikaji pada kedudukan 45°, 60°dan 90°, manakala tiga tahap kematangan pelepah telah digunakan sebagai sampel ujian.

Ujikaji yang dijalankan menunjukkan bahawa rekabentuk pisau pemotong, sudut potongon, tahap kematangan pelepah dan juga gabungan di antara rekabentuk pisau pemotong dan sudut potongan memberikan kesan yang nyata ke atas FOCSA dan ENCSA. Didapati FOCSA maksimum untuk pemotong berbentuk sabit adalah 12.2kg/cm2, manakala bagi pemotong berbentuk gunting pula adalah 22.9kg/cm2. ENCSA maksimum adalah 65.4kg-cm/cm2 dan 115.5kg-cm/cm2bagi pemotong berbentuk sabit dan berbentuk gunting, masing-masing. Ini menunjukkan bahawa pemotong berbentuk sabit memerlukan hanya 46% FOCSA dan 43% ENCSA berbanding kuantiti yang diperlukan oleh pemotong berbentuk gunting. Peningkatan sudut potongan dan kematangan pelepah akan meningkatkan FOCSA dan ENCSA dalam operasi pemotongan.

Tags: , , ,

Author information: