Oil Palm Bulletin No. 18 (May 1989) p34 - 46

The Distribution of Benefits from Palm Oil Research

Colin Barlow and C. Suan Tan

Walaupun faedah kasar dari penyelidikan kelapa sawit sudah diketahui, namun tidak banyak maklumat mengenai pecahan faedah ini antara pengeluar dan pengguna, dan juga antara beberapa kumpulan pengeluar, yang boleh didapati. Dalam makalah ini pecahan ini dikaji, dan dalam melakukannya inovasi yang diperolehi dan penyelidikan boleh dibahagikan kepada dua kategoni: ‘penjimatan kos’ (baka pokok yang lebih baik, baja, racun serangga dan cara pengendalian yang lebih berkesan) dan ‘peningkatan mutu ‘ (teknik penulenan baru dan hasilnya). Model rangka keadaan minyak sawit dunia menunjukkan bahawa dengan sifat bekalan dan permintaan yang bergantung kepada harga tak anjal dalam pasaran minyak sawit, hampir separuh dan faedah penyelidikan sampai kepada pengguna. Ia juga rnenunjukkan bila mana terdapat kesan limpahan dan negara pembuat inovasi kepada negara-negara pengeluar lain, faedah kepada negara pertama menjadi semakin kurang. Perbandingan rapat model ini dengan keadaan sebenar minyak sawit menunjukkan bahawa penyesuaian inovasi penjimatan kos kepada keperluan kebun-kebun kos rendah telah meningkatkan bahagian relatif faedah penyelidikan yang terakru kepada pengeluar. Bahagian ini boleh ditingkatkan lagi dengan cara mencipta inovasi yang sesuai dengan sektor kos rendah yang lain, iaitu kebun-kebun kecil persendirian. Masalah penyesuaian tidak ada bagi inovasi peningkatan mutu, yang pada lazimnya boleh digunakan oleh semua subsektor. Faktor ini disamping meningkatkan keanjalan permintaan minyak sawit boleh juga menambahkan bahagian faedah yang diperolehi oleh pengeluar. Sekali lagi, kerugian faedah melalui limpahan oleh negara-negara yang membuat inouasi sebenarnya banyak dikurangkan oleh maklumbalas dan mereka yang meraih faedah daripadanya. Hasil-hasil kajian ini menunjukkan betapa sumbangan pengguna perlu kepada kos penyelidikan minyak sawit. Ia juga menunjukkan yang penyelidikan untuk mengurangkan kos patut ditumpukan lebih kepada pengeluar kecil persendinian kos rendah, dan penyelidikan meningkatkan mutu dengan implikasinya yang baik untuk semua pengeluar harus lebih ditekankan. Walaupun sesetengah pembuat polisi berpendapat bahawa merahsiakan adalah sebagai cara hagi mengelakkan limpahan, ini dianggap sebagai tidak tepat.


Tags: , , , , , , ,

Author information: