The determination of oil palm fertilizer requirements in Peninsular Malaysia Part II:Effect of different environments
FOSTER, H LKeperluan baja kelapa sawit boleh ditentukan dari maklumat mengenai potensi keluaran yang maksima, zat makanan dari tanah dan kecekapan pemulihan baja yang mana semuanya berbeza mengikut persekitaran. Percubaan telah dibuat untuk mengaitkan faktor-faktor ini dengan sifat-sifat tanah dan iklim, dengan menggunakan keputusan dari percubaan baja, supaya ramalan mengenainya dapat dibuat dalam persekitaran baru. Terdapat pertalian yang bererti dalam usaha ini tetapi lebih banyak data diperlukan sebelum ramalan dapat dilakukan dengan yakin. Terdapat juga kekurangan maklumat-maklumat kuantitatif mengenai perbandingan kecekapan pemulihan zat makanan dari baja yang berlainan jenis (Termasuk bahan-bahan organik) dan cara-cara penggunaan baja yang berbeza bagi beberapa jenis persekitaran.
Tags: POTASSIUM, MALAYSIA, FERTILIZERS, NITROGEN, YIELDS, SOIL TYPES, ENVIRONMENT, oil palm, soil nutrients, FFB
Author information: